Salam A,
Pertama sekali B nak memohon maaf jika mesej ini mengganggu. Biar apa yg tertulis dan apa yang akan A baca menjadi rahsia antara kita berdua, rahsia hati sesama perempuan.
A, dari pandangan A melihat SI DIA, B dapat rasa kasihnya A pada dia. Bukan sesuatu yang biasa, dari gerak tubuh, B dapat baca segalanya. Cara merenung, cara senyum. B rasa terluka. Hampir 3 tahun B mengenali SI DIA, dalam masa itu, pelbagai masalah yg kami tempuh. Bukan satu jangka masa yang sekejap A. Kasih sayang B pada dia tak pernah padam. A kenal dia masa dia dah gembira, masa dia dah bahagia. Tp masa dia terluka dulu, B yang mengubat hati dia. Kami sama-sama pernah terluka. Dari situ, B mula kukuhkan kasih sayang pada dia. Janji utk tidak pernah tinggalkan dia akan sentiasa dipegang. Begitu jugak dengan SI DIA.
B tahu, A ada hati pada SI DIA. A baru kenal dia, baru bape bulan. Apa yang B harap, A janganlah terlalu mesra dengan dia. Sebagai kawan, tak perlu terlalu mesra. Kalau A yang baru kenal dia beberapa bulan, boleh sayangkan dia, apa pula B yang jauh lagi lama mengenali dia. B mengharapkan pengertian A. A perlu faham hubungan kami bukan sekadar kawan biasa. Hopefully A faham apa yang B ingin sampaikan disini. Once again, B nak mintak maaf kalau ada yg menyinggung, ini rahsia kita berdua. Wasalam
SALAHKAH KITA NAK MENYAYANGI DAN MENCINTAI SESEORANG????
Thursday 7 June 2012
Wednesday 22 February 2012
TERIMA KASIH LAPTOP!!
TERIMA KASIH LAPTOP!!
“Ish!!! Laptop ni! Buat
hal pula! Time-time aku perlukan dia lah. Dia nak buat hal.”
“Sayang janganlah macam
ni. Takkan kau nak suruh aku beli yang baru? Manalah aku nak ada duit
tengah-tengah bulan ni. Please jangan mogok… Aku memerlukan khidmat kau ni.”
Aku cuba memujuk laptopku yang tidak mahu hidup. Selalu ok je, tiba-tiba hari
aku nak guna dia, dia nak mogok pula.
“Aduh!! Macam mana ni?
Dah lah aku kena hantar assignment
sebelum hujung minggu ni. Kalau aku tak hantar assignment Puan Rohani sebelum hujung minggu ni, terpaksalah aku repeat paper dia next sem.” Aku
bercakap sorang-sorang dihadapan laptop kesayanganku yang tidak mahu hidup.
“Im… Boleh tolong aku
tak? Tolong tengokkan laptop aku. Tiba-tiba dia tak nak hiduplah.” Aku menelefon
Im, kawan baikku untuk meminta pertolongan.
“Assalamualaikum, amboi
bagusnya anak dara sorang ni. Dah lah telefon orang bukan nak bagi salam dulu,
pakai tembak je kalah mesin gun.”
“Waalaikumusalam,
hihihi.. Sory la Im.. Aku terlupa pula.”
“Banyaklah cantik muka
kau. Apa pula masalah laptop kau tu kali ni?”
“Entahlah Im, tiba-tiba
je aku on laptop ni tapi tak mahu
hidup. Aku dah try banyak kali dah.
Tapi tak hidup-hidup juga.”
“Ok, petang ni aku
datang rumah kau. Tengok apa pasal dengan laptop kau tu.”
“Ok, thanks Im.”
Im atau nama penuhnya
Muhammad Imran adalah kawan baikku sejak kecil lagi. Kami berdua sebenarnya
berjiran, family aku dan family dia sangat rapat. Kami seperti
sebuah keluarga besar. Bila family
aku ada masalah, family Imran akan membantu.
Begitu juga sebaliknya.
Imran anak sulung
daripada 3 orang adik-beadik, kesemua adik-beradiknya lelaki. Sekarang dia
belajar jurusan Sains Komputer di UiTM, Seri Iskandar Perak.
Manakala, aku pula belajar dalam jurusan Pengurusan Perniagaan di universiti
yang sama.
Sebagai pelajar degree, kami terpaksa menyewa rumah di
luar. Kerana kolej kediaman tidak cukup untuk menampung semua pelajar. Pihak
pengurusan kolej lebih mengutamakan pelajar diploma, kerana mereka masih muda
dan baru menjejak kaki ke menara gading. Mereka menganggap bahawa pelajar degree lebih matang dan boleh menjaga
diri.
Aku menyewa di SIDEX,
manakala Imran menyewa di Bandar Universiti, atau lebih famous dengan nama Bandar U. Rumah dia dan rumah aku tidaklah jauh
mana cuma mengambil masa dalam 10 minit untuk sampai. Setiap hari, Imran akan
berulang-alik dengan motosikal kesayangannya untuk ke UiTM. Aku pula sekadar
berjalan kaki ke UiTM, kerana rumah aku dan UiTM hanya sebelah pagar. Kalau berjalan
hanya mengambil masa selama 5 minit untuk sampai ke UiTM.
******************************************
“Assalamualaikum, Ina..
Ooo.. Ina..”
“Eh.. Ada orang bagi salam, ni mesti tak lain tak bukan Im lah ni. Waalaikumusalam, jap-jap aku keluar ni.”
“Ish.. Lama gila minah
ni. Apalah dia buat lama sangat. Dahlah panas kat luar ni.” Imran bermonolog dalaman
sambil menunggu aku keluar.
“Wei… Minah apa kau
buat dekat dalam tu lama sangat? Tak payah make-up, make-up bagi bukan nak
jumpa boyfriend kau pun. Nak jumpa
aku je pun.” Belum sempat aku membuka pintu pagar, Imran dah menyembur aku.
“Kau ni tak tahu
sabarkan? Aku tengah pakai tundunglah tadi. Aku pun tak ingin nak make-up bagai
bukan ada faedah pun. Takat jumpa kau je, pakai bedak sejuk pun boleh. Kalau
jumpa pakwe aku bolehlah aku melawa.”
“Chup.. Chup... kau ada
pakwe ke? Sejak bila? Aku tak tahu pula.”
“Tu lah kau, aku kata
kau skema kau marah. Manalah kau nak tahu, kau 24 jam depan laptop kau tu je.
Nanti kau buat je laptop tu jadi bini kau. Senang…”
“Eh… Memang laptop aku
tu bini aku pun. Kau tu je yang lambat.”
“Dah-dah malas aku nak
layan loya buruk kau ni. Hah! apa hal kau datang sini?”
“Woow.. Aku jugalah
yang loya buruk. Ada ke pula kau tanya aku datang sini buat apa! Bukan kau ke
yang panggil aku datang sini untuk tengokkan laptop kau?”
“Ya Allah! Hampir terlupa
aku. Jap aku pergi ambil sayang aku tu.” Tidak lama kemudian aku mengeluarkan
laptop kesayangan aku itu.
“Ni hah… Kau tolong
tengokkan jap. Aku tak tahu kenapa dia tak boleh nak on.”
“Wei… tak ada sticker lain ke kau nak letak kat laptop
kau ni? Ada pula letak sticker hello
kitty, macam budak tadika.”
“Yang kau sibuk sangat
ni kenapa? Banyak bunyilah kau ni. Cepat tengokkan laptop aku tu. Aku nak kena
siapkan assignment Puan Rohani. Kalau
tak siap, matilah aku kena repeat paper
singa betina tu. Tak nak aku… Azab tahu tak.. azab…”
“Tu lah kau, awal-awal
bukan kau nak buat assignment tu. Ni dah dekat dengan due date dia baru kau nak
buat. Awal-awal mesti kau sibuk duk layan cerita Boys over flower tu. Betul tak?”
“Ala.. Kau nie tahu-tahu je..”
“Bukan aku baru kenal
kau semalam. Wei.. Laptop kau ni aku bawa balik dulu lah. Nanti aku bagi kau
pinjam laptop aku untuk kau siapkan assignment
kau tu. Tapi jangan nak gatal tengok cerita korea pula. Siapkan assignment kau tu dulu. Ok?”
“Ok.. Tengoklah macam
mana nanti.”
“Ok.. Tengoklah aku nak
bagi pinjam ke tak laptop aku tu kat kau nanti.”
“Wei.. Tapi tadi kau
janji nak bagi pinjam laptop kau kat aku! Mana adil!”
“Apa pula tak adil,
adil lah. Kau kata tengoklah macam mana nantikan? Aku pun tengoklah nak bagi
pinjam ke tak.”
“Ish… Kau ni!! Oklah
aku janji tak tengok cerita korea dan aku siapkan assignment aku dulu.”
“Alhamdulillah, kan
senang macam tu. Ok jap gi aku hantar laptop aku kat kau. Tapi kau kena jaga
bini aku tu elok-elok. Ok?”
“Ok… Baiklah Encik
Muhammad Imran ku sayang!” Imran berlalu pergi dengan senyuman yang terukir
dibibirnya.
******************************************
“Alhamdulillah,
akhirnya siap juga assignment Puan Rohani ni.” Sambil aku save kan semua kerja yang aku buat tadi ke dalam pendrive untuk di print.
“Ish.. Apa aku nak buat
ni? Kalau laptop aku, boleh juga aku tengok Boys
over flower sampai habis. Ni laptop si Imran apa lah yang aku boleh buat?”
Oleh sebab keboringan aku pun bukalah satu folder
ke satu folder, hampir ke semua folder aku buka tapi tidak ada apa-apa
yang best pun yang ada semua software
komputer dan games sahaja.
“Wei Ina! Kau buat apa
tu? Aik? Ni laptop siapa? Laptop hello
kitty kau tu mana?” tiba-tiba Farah masuk ke bilik aku. Lupa pula nak cerita,
aku menyewa dengan enam orang course mate
aku. Kami duduk bersama-sama sejak semester 2 lagi. Semester 1 kami semua dapat
tinggal di kolej, semester 2 barulah kami di suruh menyewa di luar.
“Ish, kau ni Farah.
Buat terkejut aku je. Masuk pakai serbu je, kalau aku ada lemah jantung dah
lama aku mati kat sini. Ni laptop Imran. Dia bagi aku pinjam sementara dia nak
betulkan laptop aku tu.”
“Sorry.. sorry.. Aku tahu kau tak ada lemah jantung, tu yang aku nak
uji jantung kau tu.”
“Banyaklah aku punya
uji. Ingat aku ni barang eksperimen ke?”
“Hihihihi.. Janganlah
marah nanti cepat tua baru padan muka kau.”
“Banyaklah kau..”
“Aish.. Aku mana banyak
pun. Aku sorang je kat sini.” Geram aku melayan si Farah ni, makin layan makin
menjadi pula dia, baik aku diam lagi bagus.
“Ait.. Pasal apa kau
diam. Janganlah merajuk dengan aku. Aku usik je.”
“Mana ada aku merajuk.
Aku malas nak layan kau je. Bukan boleh layan kau ni lebih-lebih sangat nanti
naik gila aku dengan kerenah kau.”
“Hihihihi… Ina kau
tengah buat apa?” Farah tersenyum sumbing sambil menanyakan soalan kepadaku.
“Aku baru lepas siapkan
assignment Puan Rohani. Kau dah siap ke assignment yang dia bagi tu?”
“Ooo.. yang Strategic
Management tu ke?”
“Aaa.. yang itulah..
Ada yang lain ke?”
“Tak adalah. Yang tu
aku dah siapkan semalam lagi. Tunggu nak pergi print je.”
“Oklah… Esok kita pergi
print sama-sama.”
“Ok… No problem.”
******************************************
“Assalamualaikum, Im.
Laptop aku dah siap ke belum?” Aku menelefon Imran setelah hampir seminggu laptop
keakungan aku ada bersama dia.
“Waalaikumusalam,
laptop kau ni banyak benda yang rosak sebab terlalu panas dia punya ram and mother board dah rosak aku tengah cari benda yang nak ganti tu tapi
tak ada pula. Tunggu stok sampai, minggu depan aku bagi dekat kau kalau dah
siap.”
“Oklah kalau macam tu.
Nanti berapa harga dia kau claim je
kat aku.”
“Ok.” Aku meletakkan
telefon. Terpaksalah aku hidup seminggu lagi tanpa laptop kesayanganku itu.
Seminggu kemudian, aku
telah mendapat semula laptopku. Tapi bila aku tanya Imran berapa yang perlu di
bayar dia tidak mahu cakap.
“Tak payah lah Ina. Aku
tolong ikhlas.”
“Kau ni Im. Aku pun
bukan ada duit sangat kita sama-sama tengah belajar banyak pakai duit.”
“Ala… Tak apa. Kalau
kau nak sangat nanti kau belanja aku makan. Ok?”
“Oklah, dah kau kata
macam tu. Nanti aku belanja kau KFC kat Bandar U tu. Ok?”
“Bandar U je? Ok lah…
Tak kesah aku ikut je dah kau nak belanja. Wei! Sebelum aku lupa aku ada buat
satu folder baru nanti kau
tengoklah.”
“Ok. Anyway, thanks tau tolong baiki laptop
aku.”
“Ala.. Small matter lah.”
******************************************
Pada malam itu, baru
aku mempunyai peluang untuk melihat laptop kesayanganku. Selepas, Imran pulang
tengah hari tadi, aku sibuk bersama-sama housemate
ku memasak dan mengemas rumah. Aku letakkan sahaja laptopku itu di dalam bilik
dan membiarkan sahaja di situ, tanpa melihat folder yang dikatakan oleh Imran. Sehingga malam tiba baru aku
membuka laptop itu.
“Folder apa yang Imran letakkan dalam laptop aku ni?” aku tertanya-tanya
sambil membuka laptop kesayanganku itu.
“Fuhh.. Nasib baik
semua maklumat dalam ni tak hilang tidak susah juga aku. Dah bertahun-tahun
belajar semua hasil kerja aku hilang.”
“Hah!!! Ni ke folder yang Imran katakan tadi? Kenapa
siap tulis nama penuh aku lagi?” aku terlihat satu folder yang tertulis KAMELIA
KATRINA.
“Baik aku tengok apa
yang ada kat dalam ni.” Aku pun membuka folder terbabit. Di situ terdapat
banyak gambar aku dan Imran semasa kami kecil, di waktu sekolah menengah dan kini
kami bersama-sama di sini.
“Biar betul budak Imran
ni? Semua gambar kami ada dia simpan. Hebat betul. Aku pun tak ada semua
gambar-gambar ni.” Setelah habis aku melihat gambar-gambar yang dirakamkan
sepanjang kami bersama, aku terlihat satu fail Microsoft word. Aku pun membuka fail tersebut. Terdapat satu surat
yang ditulis oleh Imran dan ditujukan kepadaku.
Kehadapan
Kamilia Katrina yang disayangi,
Terlebih
dahulu Im nak minta maaf sekiranya surat yang Im tulis ni menggangu
ketenteraman hidup Ina.
Kamilia
Katrina yang disayangi,
Im tidak
tahu dan tidak sejak bila Im dah jatuh hati kepada Ina. Tapi Im makin sedar
setelah kita meningkat dewasa. Im tahu kita sama-sama membesar dan sudah
seperti adik-beradik. Namun, Im tidak boleh beranggapan seperti itu. Kerana sejak
dulu lagi, hati Im telah terpaut kepada Ina.
Im nak
Ina tahu yang Im terlalu sayangkan Ina dan mencintai Ina. Im sedar mungkin Ina
tidak pernah mempunyai perasan kapada Im. Tapi Im akan tetap menyayangi dan
menyintai Ina sehingga ke hujung nyawa Im.
Ina yang
disayangi,
Jika Ina
tidak mempunyai perasan kepada Im, Ina abaikan sahaja surat ini. Kita tetap
boleh berkawan seperti biasakan? Im tak nak kerana surat ini Ina menjauhkan
diri dari Im.
Maafkan
Im, sekiranya surat ini menganggu hidup Ina. Ina delete lah fail ini sekiranya Ina telah membacanya, supaya ianya
tidak mengganggu Ina.
Yang
mencintaimu dan menyayangimu,
MUHAMMAD
IMRAN ABDUL RAHIM
Tanpa aku sedar air
mata aku menitik. Aku tidak sangka bahawa selama ini Imran mempunyai perasaan
kedapaku. Sekiranya dia tahu aku juga mempunyai perasaan yang sama kepadanya,
apa tindakan Imran agaknya.
******************************************
Selepas tiga tahun
kejadian itu berlaku, kini aku telah menjadi salah seorang executive di sebuah syarikat yang terkemuka di Kuala Lumpur.
Manakala, Imran membuka sebuah syarikat perisian komputernya sendiri. Kami
tetap berkawan seperti biasa tidak ada apa-apa yang menjejaskan hubungan kami.
Cuma aku masih tidak memberitahu dia tentang perasaanku.
“Ina! Bila kau nak
kahwin?” Imran menanyakan aku soalan itu ketika kami berdua keluar makan
bersama-sama.
“Insya’allah ada jodoh
tak lama lagi aku kahwinlah.”
“Tahniah. Siapalah
lelaki yang bertuah tu?”
“Ada je di hati aku
selama ini. Tak pernah pun sedetik aku melupakan dia.”
“Beruntungnya lelaki
tu.”
“Im, aku nak minta
tolong kau ni. Laptop aku rosak lagi tak boleh nak buka macam tiga tahun lepas.
Banyak maklumat syarikat aku simpan dalam tu. Boleh kau tolong aku baiki laptop
kesayangan aku ni.”
“Ye ke? Tak apa kau
bagi aku, nanti aku tolong baiki.”
“Eh.. Kenapa dengan
laptop kau ni macam ada yang hilang?”
“Hah!! Apa yang
hilang?? Aku tengok semua lengkap je.”
“Mmm… Sticker hello kitty kau dah tak ada.”
“Ish.. Kau ni main-main
pula.”
“Oklah nanti dah siap kau
bagi tahu aku ok?”
“Ok, see you soon.”
******************************************
Apabila tiba di rumah
Imran cuba membuka laptop Ina.
“Aik… Ok je laptop je
laptop minah ni. Boleh je buka. Mesti dia on tak betul ni.” Imran pun terus
melihat apa yang ada di dalam laptop Ina, mungkin dia boleh menambah software yang baru untuk laptop
kesayangan Ina.
“Eh! Kenapa ada folder nama aku dalam laptop Ina ni?”
Imran pun membuka folder tersebut di
situ terdapat satu fail Microsoft word.
Imran pun membukanya dan membaca apa yang tertulis di fail tersebut.
Kehadapan
Muhammad Imran yang dikasihi,
Ketika awak
membaca surat ini, tentu-tentulah laptop kesayangan saya ni ada pada awak. Jawapan
kedapa soalan awak tiga tahun lepas masih belum terjawabkan? Awak nak tahu
jawapannya?
Sebenarnya,
saya pun menpunyai perasaan yang sama kepada awak tapi saya malu untuk
meluahkannya. Saya takut cinta saya hanya bertepuk sebelah tangan. Saya tidak
sangka awak pun mempunyai perasaan yang sama kepada saya.
Terima kasih,
kerana telah menyayangi dan menyintai saya selama ini. Rupa-rupanya kita
sama-sama mempunyai perasaan antara satu sama lain. Untuk pengetahuan awak,
kenapa saya tidak memberikan jawapan kepada pertanyaan awak tiga tahun lepas
kerana saya sengaja mahu menguji kejujuran awak. Saya mahu lihat sendiri sejauh
mana awak menyayangi dan menyintai saya.
Sekarang saya
telah benar-benar pasti bahawa awak memang menyintai dan menyayangi saya
sepenuh hati awak. Saya dapat baca itu semua dari mata awak itu. Mata tidak
dapat menipu dari situ saya dapat melihat keikhlasan awak.
Yang jujur
menyintaimu,
Kamelia
Katrina
“Biar betul ni? Aku tak
bermimpikan??” Imran menampar-nampar pipinya. Kemudian, Imran terus mengambil
telefon bimbitnya dan menelefon Ina.
“Ina! Betul ke? Apa
yang awak tulis kat laptop awak ni?”
“Assalamualaikum, apa
yang betul Im?”
“Waalaikumusalam,
alamak sorry main terjah je. Lupa
pula nak bagi salam. Betul ke? Awak juga menyintai saya?”
“Mmm.. Sepertinya
tertulis di dalam laptop tu. Memang itulah yang saya rasai selama ini.”
“Kamelia Katrina…
Sudikah awak menjadi isteri saya yang sah dan berkongsi susah senang
bersama-sama saya?”
Hanya kerana sebuah
komputer riba atau laptop, dua hati terpaut menjadi satu. Kerana laptop juga
mereka dapat meluahkan isi hati mereka, dan kerana laptop juga, mereka bakal
menjadi suami isteri tidak lama lagi.
Monday 20 February 2012
Sedetik Bersama, Seabadku Rasa
SEDETIK BERSAMA, SEABAD KU RASA
Setelah tiga tahun bertungkus-lumus
dan bergelut di dunia menara gading. Kini aku telah berjaya mengharunginya,
syukur kehadrat Illahi tanpaNYA, aku tidak mungkin akan berjaya hingga ke tahap
ini.
Setelah tamat zamanku
di universiti, kini aku mula mencari kerja. Namun aku tetap menjadi penganggur
terhormat. Abah dan mama menyuruh aku mencari kerja yang dekat dengan area Alor Setar. Aku menurut sahaja, namun
aku sedar di Kedah peluang pekerjaan sangat kurang. Kelulusan yang ada tidak
menjamin pekerjaan, kerana orang melihat penampilan dan pembawakan diri kita
semasa sesi temuduga.
Setelah hampir lima
bulan menjadi penganggur terhormat aku bercadang untuk menjejakkan kaki ke Kota
Metropolitan. Di sana orang kata banyak peluang pekerjaan. Aku ingin mencuba,
mungkin rezekiku di sana.
“Mama boleh la kak ngah
pi KL.. Mama tolong la pujuk abah sat..Tolong la mama… Mama kan baik..”
sambil memasak di dapur aku menyuarakan keinginanku kepada mama dan memujuk
mama supaya bercakap dengan abah tentang hasratku.
“Kak ngah nak pi sana nak buat apa?? Sini pun berlambak ja kerja kosong,” balas mama.
“Ye la mama.. memang
banyak pun tapi masalahnya semua nak pengalaman kerja.. Kalau ada pun semua nak
yang berkelulusan SPM ja… Bila tengok ja resume kak ngah semua takut nak amik kerja. Takut la tu kak ngah minta
gaji tinggi. Pening kak ngah pikiq,
lagi pun boring la mama dok umah ja
tak buat apa-apa.. Kak ngah nak cuba berdikari tanpa bergantung dengan mama dan
abah.”
“Ish… kak ngah ni…
Bukan mama dengan abah tak bagi ang pi
sana kami takut ja.. Siapa nak jaga ang kat sana nanti? Macam-macam kami dok dengaq itu la, ini la.. Tu yang kami
takut nak lepas ang pi sana.”
“Ala.. mama boleh la..
kak ngah kan dah besaq mama dengan
abah jangan risau. Pandai la kak ngah jaga diri kak ngah kat sana nanti.”
“Apa la hampa dua beranak ni dok bising.. Dah siap masak belum?”
suara abah dari ruang tamu mematikan perbincangan aku dan mama.
“Mama.. boleh la.. Mama
bincang dengan abah no?” dengan muka
sepuluh sen aku meminta simpati mama supaya berbincang dengan mama.
“Tengok la, nanti mama
bincangkan dengan abah hang tu..”
Setelah selesai
memasak, kami sekeluarga makan bersama-sama. Itulah rutin harian aku dan mama,
kami akan masak bersama-sama dan menghidangnya kepada ahli keluarga yang lain. Aku
tinggal bersama abah, mama dan dua adik lelakiku. Kakakku dan adikku yang
ketiga masih belajar dan tinggal di asrama.
******************************************
Pada malam itu, aku
berkurung sahaja di dalam bilik, malas nak makan. Konon-kononnya nak buat mogok
lapar. Abah hairan dengan keadaan itu, sebab dah lama aku tidak buat perangai
tiba-tiba hari ini buat perangai, lalu bertanya kepada mama.
“Mama… Awat dengan anak kita yang sorang tu?
Tiba-tiba tak mau makan. Kalau time-time macam ni dia la yang dok sibuk tolong awak masak untuk makan
malam.”
“Ala.. anak awak tu
buat mogok lapaq la tu.. Nak tunjuk
perasaan konon..”
“Laa.. tunjuk perasaan pasai pa pulak? Bukan tengah hari tadi dok elok ja ka?”
“Ya la.. dia ada
bincang dengan saya tengah hari tadi.. Katanya dia nak ke KL, nak cari kerja
kat sana. Dia suruh saya pujuk awak supaya bagi dia pi sana.”
“La.. pasai tu ja ka? Ingat pasai pa la tadi.. habaq kat dia tak payah pi KL
tu, kat sini pun kerja berlambak.”
“Awak cakap senang la
abahnya.. Awak bukan tak tau kak ngah tu
ketegaq. Dia kata tu, tu la dia nak.” Abah cuma mendiamkan diri.
Aku anak yang memang
patuh pada orang tua, tapi bila aku inginkan sesuatu, mestilah dipenuhi kalau tidak
siaplah. Ada sahaja yang akan aku lakukan supaya keinginanku tercapai. Aku
boleh dikatakan anak yang degil jugak. Tapi taklah sampai ketahap melawan orang
tuaku sendiri. Aku menggunakan pendekatan lain untuk membolehkan keinginanku
tercapai. Salah satunya mogok lapar. Nak, tak nak terpaksalah mereka menunaikan
keinginanku.
Setelah dua hari mogok
tidak makan. Abah memanggilku untuk berbincang.
“Kak ngah… hang nak pi KL tu sangat buat apa?”
“Abah… kak ngah nak pi sana, nak cari kerja la.”
“Ok lah.. mama dengan
abah dah bincang, hang boleh pi sana tapi dengan satu syarat.”
“Syarat?? Syarat apa
abah?”
“Abah nak hang bertunang dengan Fikri.”
“Hah!!! Fikri?? Tak mau la abah.. Kak ngah kan muda lagi baru 22 tahun kot.. Tak kan dah nak bertunang dah.”
“Ikut hang la.. Kalau hang tak mau pi KL tak payah la bertunang dengan budak Fikri tu.”
Aku terdiam, setelah
perbincangan tamat aku terus masuk ke dalam bilik.
Fikri memang telah lama
menaruh perasaan terhadapku sejak aku dia Tingkatan 5 lagi. Dia anak angkat
kepada mak cik aku. Tapi aku tidak suka dengan sikap dia yang suka memaksa. Dia
selalu mendesak aku supaya menerima dia, sebagai teman hidupku. Namun, aku
selalu menolaknya, lalu dia terus menghantar rombongan meminang ke rumahku,
setelah aku tamat belajar di universiti. Nasib baik abah tidak memberi kata
putus, tidak masak aku.
******************************************
Empat
tahun lepas, aku berkenalan dengan seorang jejaka yang agak rendang dan
berkulit cerah di kolej matrikulasi. Kami berkenalan secara tidak sengaja. Aku
dan dia bertemu di dalam satu program yang dianjurkan oleh unit Bahasa
Inggeris. Dia menjadi refry dan aku
pulak menjadi time keeper, tapi untuk
kumpulan yang berbeza dalam pertandingan scrabble.
Aku tertarik kedapanya dengan gaya dan penampilannya yang selalu merendah diri.
Sebelum
ini kami langsung tidak pernah bertembung, walaupun berada di dalam satu
kawasan yang sama. Aku cuba mengambil kesempatan untuk berborak-borak dengan
dia, namun aku tidak mendapat peluang itu kerana ada saja rakan-rakannya yang
datang untuk berborak dengannya, walaupun dia agak pendiam tapi dia tetap
melayan rakan-rakannya itu dengan baik.
Akhirnya,
kami diperkenalkan oleh kawannya yang berkawan dengan kawanku. Aku rasa sangat
gembira waktu itu, tapi dalam masa yang sama aku takut dia sudah berpunya.
“Hai
Lynn.. Ni kawan aku nama dia Ilham. Ilham ni Lynn, dia kawan si Nadia ni.”
Rizal memperkenalkan si dia kepadaku.
“Hai..
nama saya Nur Azlynn. Salam perkenalan.” Kataku kepadanya.
“Hai..
nama saya Muhammad Ilham. Salam perkenalan.” Balasnya.
Kami
bertukar-tukar nombor telefon setelah hampir sejam berborak-borak di bawah
foyer A, kami ditemani oleh Nadia dan Rizal sepanjang hampir sejam itu.
******************************************
Aku
dan Ilham masing-masing cuba mengenali hati budi sesama sendiri. Ilham adalah
anak kelahiran Kuantan dan mempunyai kembar bernama Muhammad Ilman, mereka
kembara seiras. Hampir sukar untuk membezakan mereka jika sekali pandang, untuk
sesiapa yang mengenali mereka mudah saja untuk membezakannya. Ilham seorang
yang pendiam dan jarang tersenyum, jika dibandingkan dengan Ilman dia seorang
yang suka bercakap dan selalu tersenyum.
Dalam
masa setahun di matrik kami banyak menghabiskan masa bersama-sama. Kami belajar
bersama, makan bersama dan kadang-kala kami keluar outing bersama. Ilham seorang lelaki yang sangat baik. Dia banyak
membantuku dalam pelajaran, dia juga sering menasihatiku dalam pelbagai aspek.
Baik pelajaran, dunia dan juga akhirat. Dia membuatkan aku makin tertarik
dengan cara melayannya kedapaku. Namun aku sedar, dia dan aku tidak mempunyai
apa-apa hubungan yang istimewa hanya sekadar teman tapi mesra.
Pada
satu hari, sedang aku dan dia mengulang kaji bersama-sama seperti kebiasaannya,
dia menanyakan aku soalan yang sukar untuk aku tafsirkan.
“Lynn
tak lama lagi kita akan habis belajar di matrik ni kan? Betul tak???”
“Aaa..
Kalau tak silap Lynn lagi 2 bulan. Nape Ilham?” aku masih lagi tekun menghadap
dan menyelesaikan latihan yang diberikan oleh pensyarah kepadaku.
“Lynn..
Awak ada teman istimewa tak sekarang ni?” aku terkedu seketika dengan soalan
yang diajukan kepadaku. Aku terdiam agak lama. Memikirkan soalan yang diajukan
oleh Ilham.
“Kenapa
Ilham tiba-tiba tanya soalan macam tu kat Lynn?” aku membalas sambil terus
menyelesaikan latihanku.
“Tak
da pape… Saje je Ilham nak tanya… Tak boleh ke?” Ilham membalas dengan slumbernya.
“Bukan
tak boleh.. Cuma Lynn pelik, tiba-tiba je Ilham tanya soalan tu. Kenapa?”
“Tak
da pape... Cuma tanya je... Takkan tak boleh?” dia berkata sambil tersenyum
simpul.
“Kan..
Lynn dah cakap boleh..”
“So, macam mana?”
“Hah???
Macam mana apa?”
“Ala..
Lynn ni!! tiba-tiba mai dah penyakit short term memory dia.”
“Amboi!!!
pandai dah cakap utara no…”
“Hah!!!!
Lynn tak payah nak tukar topik.”
“Laaa…
mana ada Lynn tukaq topik.”
“Dah
la Lynn.. Tak payah nak menyangkal lagi. Macam la Ilham ni baru kenal Lynn
semalam.”
“Aish!!
Lynn pulak yang kena.” Aku membiarkan soalan itu berlalu tanpa jawapan. Aku
malu, aku tidak tahu bagaimana aku harus menjawab soalan itu. Sebenarnya, bagi
aku dialah teman istimewaku.
******************************************
“Lynn,
kenapa la susah sangat kau nak jawab soalan aku ni…” Ilham bermonolog dalaman
sendiri di atas katil di dalam bilik asramanya.
“Lynn..
sebenarnya aku terlalu sayangkan kau. Tapi aku takut untuk meluahkannya. Lynn…
Bolehkah kau menerima cintaku ini? Lynn… aku dah gilakan kau!!!!!” Ilham
mengelamun memikirkan Lynn sambil berbaring di atas katil empuk asrama.
“Wei!!!
Ill!!! Ngah buat apa tu?? Mengelamun erk!!!” Ilman datang dan mematikan lamunan
Ilham.
“Ish…
Kau ni Man memeranjatkan aku je..”
“Mana
tak terperanjat dok mengelamun je.. Ni mesti tengah ingatkan Lynn ni!!”
“Ish…
Kau ni Man, kalau cakap tu boleh tak slow
down kan voice kau tu cikit.. Ni
mengalahkan speaker dekat luar tu...
Baik kau pergi buat announcement je
kat blok kita ni, biar semua orang tahu..”
“Hah!!!
Tu cadangan yang bagus tu.. Aku gi buat sekarang..” Ilman berlalu dari katil
Ilham menuju ke pintu keluar.
“Wei
Man!!!! Kau nak ke mana tu???”
“Laaa..
Tadi suruh aku gi buat announcement..
Aku nak gi buat announcement la ni..”
“Ish..
Kau ni Man, aku melawak je la.. Kau jangan buat pasal Man, karang tak
pasal-pasal aku yang dapat malu.”
Ilman
memang terkenal dengan sikap lurus bendulnya itu. Dia kadang-kadang tidak tahu
sama ada kita main-main atau serius. Ini kerana sikapnya itu sendiri, bila
orang serius dia main-main dan bila orang main-main dia ambil benda itu serius.
Pernah sekali itu, kami beramai-ramai pergi ke tepi pantai untuk berkelah. Ada
seorang kanak-kanak perempuan sedang bermain di tepi pantai. Kami saja mahu
menyakat Ilman lalu menyuruhnya mengangkat budak itu ke mari dan mencium pipi
kanak-kanak terbabit. Tidak lama kemudian dia mengangkat kanak-kanak perempuan
tersebut dan letakkannya di hadapan kami. Nasib baik kami sempat menghalang Ilman.
Jika tidak, mati la Ilman dikerjakan oleh ayah kanak-kanak perempuan tersebut dahlah
ayahnya bertubuh sasa.
******************************************
Tidak
lama lagi kami akan menamatkan pelajaran kami dengan menduduki peperiksaan yang
terakhir di matrikulasi ini. Selepas ini masing-masing akan pulang ke kampung
halaman masing-masing dan menunggu tawaran untuk melanjutkan pelajaran.
Setiap
kolej matrikulasi akan mengadakan jamuan dan majlis penutup. Tidak lupa juga dengan
kolej kami. Majlis penutup tersebut diberi nama Majlis “Sedetik Bersama, Seabad
Ku Rasa”. Ia memberikan makna yang dalam kepada sesiapa yang menghargai setiap
detik di sini. Begitu jugalah yang dirasai oleh aku dan Ilham.
Setelah
tamat jamuan dan majlis penutup. Masing-masing sibuk mengambil gambar untuk
dijadikan kenangan abadi. Tapi tidak pula bagi Lynn dan Ilham mereka berdua
hanya duduk di meja makan dan masing-masing tidak bercakap seperti
kebiasaannya, jika mereka berdua berjumpa pasti ada benda yang akan dibualkan,
tapi tidak pula untuk hari itu.
“Lynn…”
Ilham memulakan bicara, setelah lama membisu.
“Ye..”
Lynn menjawab sepatah.
“Lynn…
sanggupkan Lynn menunggu Ill??? Jika Ill katakan yang Ill akan mengambil Lynn
menjadi permaisuri dihati ini dan menjadikan Lynn ibu kepada anak-anak Ill,
suatu hari nanti?” Ilham bertanya kedapa aku sambil mengenggam kedua-dua belah tanganku.
Aku
yang hanya tunduk dan memandang ke bawah dari tadi tidak menjawab soalan Ilham,
hanya badan aku sahaja yang kelihatan bergerak-gerak. Ilham cuba mengangkat
wajahku dengan tangan kanannya, Ilham mendapati mukaku kemerahan menahan
tangisannya. Lalu berderailah air mataku apabila menatap wajah Ilham. Hanya
anggukkan yang aku berikan kepada Ilham untuk soalan yang Ilham ajukan. Ilham
tersenyum lalu, menghapuskan air mata yang jatuh di pipi aku.
“Lynn,
jangan menangis lagi ye.. Ilham sayangkan Lynn, Ilham tak nak ada sedikit pun
air mata Lynn tumpak ke bumi hanya kerana Ilham. Ilham janji dengan Lynn yang
Ilham akan selalu ingatkan Lynn dan tak akan lupakan Lynn walaupun sesaat.”
“Ilham,
jangan terlalu mudah menabur janji.. Nanti, jika tidak ditunaikan Ilham sendiri
yang susah.”
Tanpa,
Lynn dan Ilham sedari, sejak dari mula mereka bersama ada orang yang memerhati
dan melihat tingkah laku mereka.
******************************************
Kenangan
emapt tahun lepas berlegar difikiranku. Aku tidak boleh melupakan detik-detik
bersama dengan Ilham satu masa dahulu. Aku terlalu setia pada Ilham hingga
mengabaikan zaman mudaku di universiti, yang ada difikiranku hanyalah Ilham dan
aku menghabiskan masaku dengan menelaah pelajaran. Ramai sebenarnya yang
mengajak aku keluar terutama sekali kaum adam. Aku tetap dengan sikapku yang
hanya akan menelaah pelajaran sahaja dan membiarkan ajakkan itu berlalu pergi
tanpa jawapan.
Namun,
setelah tiga tahun berlalu Ilham langsung tidak menghubungiku. Cuma pada awal
tamat pengajian kami di matrikulasi adalah Ilham menghubungiku, itu pun
jarang-jarang, kerana jarak kami yang jauh. Aku cuma berpegang kepada kata-kata
Ilham yang dilafazkan kepadaku semasa Majlis “Sedetik Bersama, Seabad Ku Rasa”,
majlis penutup di matrikulasi kami.
Setelah
sekian lama tidak melihat gambar-gambar kenangan mereka bersama. Aku membuka
komputer ribaku lalu membuka folder
“Sedetik Bersama, Seabad Ku Rasa”, di situ semua kenangan bersama Ilham
dirakamkan dan dimasukkan ke dalam komputer ribaku. Ada satu gambar yang aku
tidak sedar gambar itu dirakamkan oleh Ilman, gambar Ilham dan diriku semasa
Majlis “Sedetik Bersama, Seabad Ku Rasa”. Gambar ketika Ilham mengangkat mukaku
dengan menggunakan tangan kanan Ilham. Tiba-tiba berkumandang lagu nyanyian
Anuar Zain sedetik lebih di corong radio kesayanganku.
Setiap nafas yang dihembus.. Setiap degupan jantung aku..
Selalu memikirkanmu... Dalam
sedar dibuai angan..
Dalam tidur dan khayalan.. Aku selalu memikirkanmu…
Ternyataku perlukan cinta… Dari dirimu sayang barulah terasa…
Ku bernyawaaaaa….
Kasihku……
Ku amat menyintai kamu…
Kerna kau beri reti hidup…
Ku kan terus menyinta sedetik lebih………
Setia selamanya…..
Lirik
lagu ini membuatkan air mataku menitis lagi, kerana aku terlalu sayangkan
Ilham. Dan aku akan setia menanti dan menunggu Ilham.
******************************************
Aku
terpaksa membatalkan niatku untuk ke Kota Metropolitan. Kerana aku masih
menunggu dan menanti Ilham yang berjanji akan mengambilku menjadi permaisuri di
hatinya. Namun, sudah tiga tahun berlalu bayang Ilham masih tidak kelihatan,
jangan katakan telefon mesej pun tidak pernah. Aku masih memberikan peluang
kepada Ilham aku sanggup menanti Ilham, walaupun aku sedar itu adalah satu yang
mustahil, kerana aku telah menanti hampir enam tahun namun Ilham masih tiada
khabar berita.
Sekarang
aku berkerja sebagai akauntan di salah sebuah syarikat di Alor Setar. Dua tahun
sudah, Fikri telah pun bertemu jodohnya dengan gadis pilihan ibunya. Walaupun aku
tahu Fikri tidak setuju dengan pernikahan itu, namun dia telah pun bahagia
bersama isteri dan anak lelakinya yang comel, kini berusia 9 bulan. Aku gembira
melihat perkembangan Fikri, kerana aku bahagia apabila melihat kawanku bahagia.
Pada
satu petang, Nini mengajakku pergi berjalan-jalan di shopping mall untuk mencari dan membeli pakaian baru. Nini adalah
adik perempuan kesayanganku, kerana dialah satu-satunya adik perempuanku.
Sedang aku dan Nini asyik melihat pakaian di sebuah butik, tiba-tiba aku terlanggar
seseorang. Habis semua benda yang dipegang olehku bertaburan di atas lantai.
“Maafkan
saya, encik.. Saya tak namapak encik lalu kat sini tadi. Maafkan saya.. Maafkan
saya..” Aku berulang-ulang kali meminta maaf sambil mengutip barang-barangku
yang bertaburan di atas lantai. Lelaki yang berlanggaran dengan aku masih
mendiamkan diri. Aku tahu dia lelaki oleh kerana kasut yang dipakai olehnya.
“Ya
Allah!!! Kak ngah pasai pa ni? Habis
semua barang bertaburan kat lantai ni?” kata Nini kepadaku.
“Tak
pa.. Tak pa.. Salah saya jugak jalan tak tengok kiri kanan..” lelaki itu
membalas.
Setelah
selesai mengutip barang-barang yang bertaburan, aku pun berdiri di hadapan
lelaki itu. Tiba-tiba jatung aku berdegup dengan kencang. “Wajah ini!!! Macam
aku pernah lihat..” Lynn bermonolog sendirian.
“Lynn???”
lelaki itu menyebut namaku.
Setelah,
hampir enam tahun tidak bersua muka, kami terserempak secara tidak sengaja dia shopping mall ini.
“Eh!!
Awak, macam mana boleh ada kat sini?”
“Ooo..
Saya ada kursus kat sini. Awak pulak buat apa kat sini?”
“Ish..
Awak ni, sayakan orang sini.”
“Alamak…
minta maaf saya terlupa pulak, awak tu orang sini. Jom kita pergi minum-minum
dulu saya tak tahu nak buat apa kat sini, tu yang meronda-ronda kat shopping mall ini, tiba-tiba terlanggar
awak pulak. Rezeki saya la ni.”
“Hah!!
Rezeki awak??”
“Hahaha..
tak da pape jom saya belanja minum..”
“Ok,
boleh je tekak saya pun dah kering dari tadi berjalan. Jom Nini, kita pi minum ada orang nak belanja ni..”
“Tak
pa la, Kak ngah.. Kak ngah pi minum
dulu Nini nak jumpa kawan sat.”
“Ya
ka?? Kawan ka? Boyfriend ka?”
“Ish…
Kak ngah ni mana ada kawan ja.. Ok la.. nanti Kak ngah dah habis minum Kak ngah
call Nini.. Ok?”
“Ok..”
aku dan Nini pun berpisah. Nini pergi berjumpa kawannya dan aku pergi minum
bersama kawanku yang sorang ni.
******************************************
“Lynn…
Lamakan kita tak berjumpa, hampir enam tahun betul tak?”
“Aaaa..
hampir enam tahun lepas je habis matrik, masing-masing bawa haluan sendiri. Dia
pun bukan nak contact kita… Mesti
takut makwe dia marahkan?”
“Ish!!
Saya mana ada makwe.. Lain la Lynn
yang lawa ni.. Mesti ramai pakwe kan?”
“Ish..
Untuk pengetahuan awak, saya setia pada yang satu tau…”
Sedar,
tidak sedar, hampir dua jam kami berborak. Selepas masing-masing bertukar
nombor telefon aku meminta diri untuk pulang kerana hari sudah pun petang. Aku
menelefon Nini dan mengajak dia pulang. Rupa-rupanya dia telah pun sampai ke
rumah. Katanya lama sangat menungguku lalu dia menyuruh kawannya menghantar dia
pulang. Terpaksalah aku drive sorang
diri balik ke rumah.
Pada
malam tersebut, tiba-tiba saja mama dan abah membangkitkan soal kahwin
kepadaku.
“Kak
ngah…”
“Ya..
Abah..”
“Kak
ngah tak terfikir ka nak kawin?” tanya abah kepadaku soalan cepu emas yang
selalu diajukan kedapaku.
“Ala..
tak sampai seru lagi la abah.. mama…”
“Ish..
Budak ni!!! Boleh pulak tunggu seru... Hang
tengok Fikri tu dah ada anak sorang kawan-kawan hang yang lain pun ramai dah yang kawin.. Hang tu bila lagi?? Hang
tunggu putera raja dari mana masuk minang hang??”
mama menyelah tiba-tiba.
“Ala..
mama… Relex la… Kak ngahkan muda
lagi..”
“Muda
tengkorak hang.. Hang sedaq dak.. Umur hang
tu dah 25 tahun.. Hang nak tunggu
sampai bila? Sampai orang panggil hang
andartu…” mama memarahiku kerana sikapku yang langsung tidak mengendahkan soal
perkahwinan.
Aku
cuma mendiamkan diri dan terus berlalu masuk ke dalam bilik tidurku.
“Abahnya….
Tengok la anak dara awak yang sorang tu.. Bila kita cakap pasai kawin ja mesti dia mengelak.. Ish.. Apa nak jadi la budak ni
sorang..”
“Biaq pi la kat dia.. Dah dia kata tak
sampai seru lagi, kita tak boleh nak paksa dia.. Awak nak ka tengok anak awak
berkawin tapi tak bahagia?”
“Ish..
Abang ni mesti la nak tengok anak kita bahagia.. Ibu bapa mana tak nak tengok
anak dia bahagia bang oii...”
Di
dalam bilik aku memikirkan nasibku. Aku bukan tidak mahu berkahwin, perempuan
mana yang tidak mahu berkeluarga. Aku juga mahu berkeluarga. Namun, Ilham masih
tidak memunculkan diri. Aku buntu memikirkan semua ini.
Lalu
aku terfikir pertemuan aku dengan Ilman petang tadi. “Kenapa la aku bodoh
sangat tak tanya je si Ilman tu tadi.” Aku mengutuk diriku sendiri.
******************************************
Setelah,
hampir tiga bulan aku dan Ilman berhubung antara satu sama lain. Hatiku
tergerak untuk menanyakan Ilman tentang Ilham. Selama ini pun Ilman tidak
pernah menyebut tentang saudara kembarnya itu kepadaku.
Malam
itu Ilman menelefonku seperti biasa. Kami berborak-borak menanyakan perkembangan
harian masing-masing seperti kebiasaannya.
“Ilman…
Saya nak tanya awak satu soalan boleh?”
“Tentulah
boleh.. Apa dia?”
“Mmmmm…
Illl…….”
“La…
nape malam ni Lynn jadi orang gagap pulak ni?? Hehehe..” Ilman ketawa dihujung
talian mendengarkan suaraku yang tergagap-gagap itu.
“Mmmm…
Lynn… Nak tanya ni…”
“Ya
Allah.. Lynn tanya la.. Penat Man tunggu ni.. Lynn nak tanya apa?”
“Mmm…
Man.... Ill…haaam… kat mana sekarang? Dia macam mana sihat ke?” Lama juga aku
menantikan jawapan dari Ilman.
“Hmmm..
Dia sihat-sihat saja.. Dia ada di Putrajaya, dia berkerja di sana.”
“Diiaaa…
Diiaaa… Dah berpunya ke??”
“Mmm..
Lynn.. Hujung minggu ni.. Man turun Alor Setar kita jumpa hujung minggu ni.” Ilman
tidak menjawab pertanyaanku.
******************************************
Hujung
minggu pun tiba, aku tidak sabar menunggu kehadiran Ilman kerana ingin
mengetahui lebih lanjut tentang Ilham. Kami berjumpa di shopping mall, tempat kami berlanggaran tiga bulan sudah. Tempat
yang menemukan aku dan Ilman setelah hampir enam tahun tidak berjumpa.
“Lynn
sihat?” soalan pertama yang Ilman ajukan kepadaku.
“Alhamdulillah…
Lynn sihat… Man sihat??”
“Alhamdulillah..
Man pun sihat..” Lama kami terdiam masing-masing mematungkan diri tidak tahu
apa lagi yang hendak dikatakan. Tapi kalau dalam telefon Ilman lah orang yang
paling banyak cakap sampai aku tidak ada peluang untuk bercakap.
“Mmmm..
Man nape diam je.. Kalau tidak Man lah orang yang paling banyak mulut.. Macam
murai tercabut ekor.. Hehehehe..”
“Ooo..
Mengata Man erk… tak pa… tak pa…”
“Man…”
“Ya
saya…”
“Lynn
nak tanya satu soalan boleh?”
“Boleh..
Apa dia?” Lama juga aku terdiam lalu bertanya kedapa Ilman.
“Mmmm…Ilham
macam mana sekarang?”
“Ilham??
Dia macam dia la.. Sihat.. Sihat je..”
“Bukan
tu maksud Lynn..”
“Habis??”
“Dia
dah berpunya ke belum??”
“Lynn…
Maafkan Man… Man tak sampai hati nak berterus terang dengan Lynn.. Man tahu
Lynn sangat sayang dan menyintai Ilhamkan? Tapi Man terpaksa berterus terang
supaya Lynn tidak menaruh harapan yang tinggi… Sebenarnyaaaa…. Sebenarnyaaaa…. Sebenarnyaaaa….”
“Sebenarnya…
Sebenarnya apa Man???”
“Mmmm…
Il sebenarnya dah berkahwin tiga bulan sudah..”
“Apa??
Dia dah kawin??” tiba-tiba laju saja air mata turun membasahi pipi Lynn.
“Lynn..
Jangan macam ni.. Semua orang pandang kita..”
“Apa
Lynn kesah.. ?Biaq pi la diorang…
Sampai hati Ilham buat Lynn macam ni setelah hampir enam tahun Lynn menanti dan
setia menunggu dia.. Dia berkawin dengan orang lain..” Lynn menangis
teresak-esak tanpa memikirkan orang yang lalu-lalang melihat keadaannya itu.
“Lynn..
Dengar ni Man nak cakap… Lynn lupakan je la Ilham… Mungkin dia bukan untuk
Lynn..”
“Man!!!
Man cakap senang la.. Hati Lynn ni hanya Tuhan saja yang tahu..” aku memarahi Ilman
kerana berkata begitu.
“Lynn…
Dengar ni Man sayangkan Lynn sejak dari matrik lagi.. Tapi Man sedar Lynn tidak
pernah memandang dan mengetahui kewujudan Man.. Man jatuh hati kedapa Lynn
sejak hari pertama kita masuk ke matrik lagi… Waktu tu Lynn dengan family sedang mengangkat barang-barang
Lynn keluar dari kereta.. Man jatuh cinta pandang pertama kepada Lynn… Namun, Man
hampa kerana Man mengetahui Ilham telah terlebih dahulu berkenalan dengan Lynn…
Namun, Man tak pernah putus harapan. Man melihat dan memerhati setiap
pergerakan dan perkembangan Lynn dan Ilham. Ilham sudah mula berubah sejak
korang berjauhan… Dia telah melupakan segala janji yang telah dia taburkan
kepada Lynn… Pernah kami bergaduh disebabkan perkara ini… Namun, dia tetap
tidak mengendahkan Lynn… Dalam diam Man selalu menghubungi Nini… Untuk
mengetahui perkembangan Lynn… Nini selalu menceritakan perkembagan Lynn kepada Man…
Nini menjadi mata-mata untuk Man dan menjaga Lynn bagi pihak Man… Sebenarnya
pertemuan kita tiga bulan lepas telah dirancang oleh Nini… Dia memberi Man
peluang untuk mendekati Lynn. Lynn…Man sayangkan Lynn dari dulu sampai sekarang
sayang Man pada Lynn tak pernah pudar, namun semakin bercambah. Lynn… sudikah
Lynn menjadi tulang rusuk kiri Man? Melengkapi hidup Man dan mengharungi
kehidupan bersama-sama Man?”
Aku
terdiam mendengarkan penerangan yang panjang lebar dari Ilman. Aku tidak tahu
apa yang harus aku lakukan. Aku hanya mendiamkan diri dan kami pulang tanpa aku
menjawab pertanyaannya.
Keesokan
harinya, rumahku didatangi satu rombongan. Mereka datang untuk merisikku. Aku
tidak ambil peduli semua itu. Aku serahkan semuanya ke tangan abah dan mama,
sama ada mahu menolak atau menerimanya.
Abah
menerima risikan itu, aku terus ditunangkan dengan lelaki yang aku tidak kenal
pun siapa dia. Mereka telah pun menetapkan tiga bulan dari sekarang kami akan
dinikahkan. Tiga bulan masa yang sangat singkat. Aku hanya menurut sahaja apa
yang mama dan abah katakan.
******************************************
Tiga
bulan berlalu, semua persiapan telah dibuat dan kini tibalah hari yang
dinanti-nanti. Jantungku berdegup laju. Kami akan dinikahkan di Masjid
Al-Bukhri, Alor Setar, masjid yang tercantik di Alor Setar dengan senibina dan
ukiran yang menarik.
Aku
tunduk sahaja sepanjang berada di dalam masjid. Aku langsung tidak memandang bakal
suamiku yang kini sudah siap sedia dihadapan tok kadi.
“Aku
nikahkan engkau, Muhammad Ilman Bin Zakaria dengan Nur Azlynn Binti Ahmad
dengan mas kahwinnya RM 279.89 tunai”
“Aku
terima nikahnya, Nur Azlynn Binti Ahmad dengan mas kahwinnya RM 279.89 tunai…”
dengan sekali lafaz sahaja aku sah menjadi isteri kepada Ilman.
Aku menangis
kesyukuran kerana telah menjadi seorang isteri kepada orang yang mencinyai aku
sepenuh hatinya. Aku tahu aku tidak cintakan dia, namun bagi aku rasa sayang
dan cinta itu boleh dipupuk dan dibaja. Ramainya mengatakan bahawa cinta
selepas berkahwin itu indah.
Sekian,
terima kasih kerana sudi membaca.
Subscribe to:
Posts (Atom)