Monday 10 June 2013

KU INGIN TERBANG MENERJAH AWAN





“Alangkah, bestnya kalau aku dapat jadi macam burung tu. Terbang bebas di udara tanpa memikirkan apa-apa masalah.” Aku bercakap seorang diri sambil memandang ke dada langit yang terbentang luas dan membiru itu.
“Ooii!!! Kak Ngah, turun sekarang!”
“Ishh… Kacau je la kau ni dik… Aku baru dok berangan-angan nak jadi burung, terbang bebas di udara.”
“Wei!! Banyak cantik muka kau! Elok-elok mak lahirkan kau jadi manusia, kau nak jadi burung pula. Tak tahu nak bersyukur langsung. Turun sekarang! Tidak aku cakap mak. Kau panjat pokok rambutan ni lagi. Baru padan dengan muka kau.”
“Terima kasih. Memang aku cantik pun. Hehehehe…” Aku turun dari pokok rambutan yang menjadi tempat aku berangan tadi.
“Dik kau jangan cakap kat mak yang aku panjat pokok rambutan ni. Nanti tak pasal-pasal mak suruh abah tebang pokok ni. Sayanglah…”
“Kau memang… Kau sayang sangat pokok rambutan ni sebab inilah satu-satunya tempat kau nak berangankan?”
“Tahu je kau ni dik. Hehehehe…”
Ariff adikku yang paling bongsu. Kami berdua agak rapat. Dia cukup memahamiku, dia umpama kawan baikku. Segala yang aku lakukan pasti dia tahu. Aku mempunyai empat orang adik-beradik. Aku anak yang kedua dan aku satu-satunya anak perempuan dalam keluargaku. Adik-beradik aku yang lain semuanya lelaki. Sebab itulah perangai aku macam lelaki sikit suka panjat pokok rambutan.
Untuk pengetahuan semua, sejak dari kecil lagi aku suka memanjat pokok rambutan. Kalau aku kena marah dengan mak atau abah dan bergaduh dengan adik-beradik yang lain. Dekat pokok inilah aku akan mekenapak dan bertengek untuk melepaskan marah atau menangis (nangis tu kadang-kadang je..hihihi..).
Aku baru sahaja tamat SPM, sekarang aku sedang menunggu tawaran untuk melanjutkan pelajaran. Along, abangku yang sulung menyertai Tentara Laut Di Raja Malaysia (TLDM), Along menyertai TLDM sejak dia tamat SPM lagi, sekarang sudah dua tahun dia di sana. Along jarang balik kerana terlalu sibuk dengan aktiviti hariannya di sana, jika ada cuti barulah Nampak muka dia di rumah ini. Aku tinggal bersama mak, abah dan dua orang adik lelakiku. Mereka masing-masing masih bersekolah. Muhammad Ariff sekarang di Tingkatan 2 dan Muhammad Asyraf adik aku yang bawah aku, sekarang di Tingkatan 4. Beza umur kami adik-beradik tidaklah jauh mana, selang dua tahun sorang.

******************************************

“Kak Ngah. Kak Ngah dah isi borang UPU?” tanya abah kepadaku.
“Dah Abah. Kenapa abah tanya?”
“Kak Ngah amik kos apa?”
“Macam-macam abah.”
“Ye la. Macam-macam kos apa?”
“Adalah, nanti kita tengok Kak Ngah dapat sambung dekat mana.”
“Ishh… Budak ni nak berahsia-rahsia pula dengan kita.”
Sebenarnya aku isi borang belajar untuk menjadi juruterbang di Kolej Tentera Udara Di Raja Malaysia (TUDM). Aku pernah mengajukan dan menanyakan tentang keinginanku ini kepada abah dan mak tapi mereka tidak membenarkan aku menyertai TUDM. Mereka kata anak dara tidak sesuai untuk menjadi juruterbang, juruterbang ni kerja orang lelaki. Tanpa keizinan mereka aku telah pun mengisi borang terbabit.
Selepas mendapat keputusan SPM, aku menerima satu surat berdaftar daripada TUDM, yang menyatakan aku dapat memasuki kolej terbabit dan perlu mendaftarkan diri, dua minggu dari sekarang.
“Mak!! Mak!!” aku terjerit-jerit memanggil mak dari luar rumah.
“Ye Kak Ngah, mak kat dapur ni.. Yang kau terjerit-jerit kalah nampak hantu ni kenapa?”
“Mak nak tahu satu berita tergempar tak?”
“Ishh.. Budak ni… berita tergempar apanya?”
“Kak Ngah dah dapat satu tawaran sambung belajar.”
“Alhamdulillah… Dekat mana tu Kak Ngah?”
“Dekat Kepala Batas, Alor Setar.”
“Uishh.. Jauhnya. Tak jauh sangat ke Kak Ngah?”
“Ala.. Mak.. nama pun belajar, jauh sikit tak pa lah.. Along pun jauh juga belajar dekat Lumut.”
“Ishh.. kau ni Ngah… Along lain, Along tu lelaki. Kau tu perempuan. Kalau jauh sangat, siapa nak tengok-tengokkan kau? Sakit, demam dan pening kau tu nanti. Kita bukan ada saudara-mara dekat Alor Setar tu.”
“Ala.. sama je la… Mak ni selalu sangat nak beza-bezakan kami. Angah boleh jaga diri jangan bimbang.”
“Angah kolej apa yang kau dapat sambung belajar?”
“Kolej…. Tentera… Udara… Di Raja… Malaysia…” Aku menyebut nama kolej itu tergagap-gagap.
“Apa Kak Ngah??? Kolej TUDM?? Kau nak cari pasal ke Kak Ngah… Mahu abah kau mengamuk kalau dapat tahu ni.”

******************************************

Pada malam itu, gegar-gempitalah rumah kami dengan suara abah yang sedang memarahiku.
“Ya Allah… Kak Ngah kau buat apa ini?? Kan abah dah cakap jangan apply masuk TUDM ni, kenapalah kau ni degil sangat!! Abah tak faham dengan kau ni. Kenapa kau nak sangat jadi pilot tu?? Cuba beritahu abah.” Hilang semua kesabaran abah apabila mengetahui aku dapat memasuki Kolej TUDM dan mengisi borang tersebut tanpa persetujuannya.
“Abah… Kak Ngah minta maaf… Kak Ngah minat sangat nak jadi pilot dari kecil lagi… Abah pun tahukan tentang tu…”
“Kak Ngah! Kau tu perempuan bukannya jantan macam adik-beradik kau yang lain.”
“Abah, walaupun Kak Ngah perempuan. Kak Ngah tetap boleh lakukan macam mana yang Along dan adik-adik lakukan. Hah!! Contohnya, panjat pokok rambutan belakang rumah tu. Sampai sekarang Kak Ngah boleh panjat lagi.”
“Apa?? Kau masih panjat pokok rambutan tu lagi??”
“Alamak! Terkantoi sudah… hihihi..” makin bertambahlah marah abah kepadaku. Sejak dari kecil lagi aku dilarang memanjat pokok rambutan di belakang rumah, kerana aku perempuan tidak manis katanya memanjat pokon rambutan itu. Jika, orang nampak takut diorang nak berbinikan aku, sebab perangai serupa jantan. Tapi tanpa pengetahuan mak dan abah, aku akan bertengek di pokok itu untuk mengelamun dan berangan-angan menjadi burung yang terbang bebas di udara.

******************************************

Kerana kedegilanku, abah dan mak terpaksa mengikuti apa yang aku iginkan. Akukan satu-satunya anak perempuan mereka. Mahu tidak mahu, mak dan abah terpaksa menghantar aku ke Kolej TUDM tersebut dengan ditemani oleh adik-adikku, Asyraf dan Ariff. Tapi, sayang Along tidak dapat menghantarku kerana dia ada kerja yang perlu diselesaikan. Dia hanya mengiringiku dengan doa, itulah katanya kepadaku.
“Wow! Ramai gila yang datang mendaftar Kak Ngah…” kata Ariff kepadaku. Aku mula rasa takut macam budak darjah satu nak masuk sekolah pada hari pertama.
“Aaa.. la… Ramai gila.. Buat aku rasa takut pula.”
“Nur Fazrina Muhammad Noh, Nurul Syuhada Mohd Kamil dan Siti Hawa Hashim. Sila datang ke kaunter pendaftaran. Bawa semua dokumen-dokumen kamu termasuk medical check-up kamu sekali.” Kata orang yang bercakap di pembesar suara itu.
“Kak Ngah diorang panggil nama kau tu.” Kata Asyraf kepadaku.
“Betul ke Asyraf?”
“Ye la.. Nama kau Nur Fazrina Muhammad Noh kan? Nama siapa lagi yang diorang sebut kalau bukan nama kau. Ishh.. kau ni.. Dah pergi sana diorang panggil tu.”
Setelah selesai segala urusan pendaftaran, kini tibalah masanya untuk aku berpisah dengan ahli keluargaku. Tiba-tiba sayu pula rasa hati ini, sebab kami akan berjauhan. Dah lah aku tidak pernah berjauhan dengan mereka. Aku sekolah dulu pun dekat dengan rumah, jalan kaki dah sampai sekolah. Tapi kini, aku akan berjahuan dengan mereka, jaraknya beribu-ribu batu. Aku di Kepala Batas, Alor Setar dan familyku di Air Keroh, Melaka. 
Mak dah mula drama swasta dia, ini yang buat aku lemah ni. Aduh! mak.. mak.. Bukan mak tidak tahu aku ni pantang tengok dia menangis aku akan turut menangis. Sekeras-keras aku, dalam hati ada taman.
“Mak janganlah nangis… Nanti Kak Ngah pun nangis juga…”
“Ishh.. Maknya.. tak usah lah kamu menangis… Kesian budak ni karang kita balik, dia duduk menangis sorang-sorang pula.” Abah menegur mak yang mula menangis.
“Abang, dialah satu-satunya anak perempuan kita. Ni dia akan berjauhan dengan kita. Nanti dia duduk sini sorang-sorang. Siapalah nak tengok makan, pakai dia.” Mak mengesat airmata yang mengalir.
“Mak janganlah bimbang, pandai-pandailah Kak Ngah jaga diri nanti. Lagi pun Kak Ngahkan dah besar. Takkan nak duduk bawah ketiak mak dengan abah lagi.” Tanpa aku sedar airmata aku turut menitis.
“Ok lah, Kak Ngah.. Jaga diri kamu tu elok-elok. Abah minta diri dulu. Kamu jangan nak ikut kepala kamu je kat sini. Dengar cakap dan nasihat pelatih-pelatih kamu tu nanti.”
“Baik abah. Insya’allah Kak Ngah akan ingat semua pesanan abah.”
“Wei Ngah! Kau jaga diri tau. Jangan dok buat kepala macam kat rumah. Hah! Jangan kau memandai nak panjat pokok macam kat rumah kita tu. Hehehehe.. Good luck! Gambateee…” Ariff pula berpesan kepadaku.
“Hah Ngah! Aku nak tambah ni. Duduk sini jangan nak mengatai pula. Kihkihkih…”
“Wei Asyraf! Biarlah aku nak mengatai, bukan kacau kau pun!” sempat lagi aku dan Asyraf bertekak. Kami adik-beradik memang suka bergaduh, namun tidak lama, ibarat kata pepatah air yang dicincang tidak akan putus.
“Sempat lagi nak bergaduh tu. Dah jom kita balik. Biar Kak Ngah korang tu pergi kemas barang dia.”
“Mak, janganlah sedih macam ni. Kak Ngah akan ok je kat sini. Nanti ada cuti Kak Ngah baliklah ok?”
“Kak Ngah, jaga diri kau tu elok-elok. Jangan nakal-nakal sangat ingat kau dekat tempat orang jaga tingkah laku. Jangan nak buat macam kat rumah, cakap Kak Ngah je yang betul.” Panjang lebar emak berpesan kedapaku.
“Insya’allah baik mak. Kak Ngah akan ikut semua nasihat mak tu.”

******************************************

Sudah dua bulan di sini aku telah pun membiasakan diri dengan suasana di kolej ini. Walaupun, semua aktiviti-aktiviti dilakukan amat mencabar ketahanan mental dan fizikalku, namun aku tetap melakukannya demi mencapai impian aku untuk terbang di udara seperti burung.
“Rina, hang tak rindu keluarga hang ka?” Syu atau nama penuhnya Nurul Syuhada bertanya kepadaku.
“Uishhh… Ada pula tak rindu. Mestilah rindu. Dahlah aku tak pernah berjauhan dari diorang.”
“Wei… apa yang dok rindu-rindu ni? Siapa rindu siapa?” tiba-tiba entah dari mana muncul pula si Hawa yang banyak mulut ni.
“Kau ni Hawa! terperanjat kami, kot ia pun nak mencelah bagi lah salam dulu. Ni tidak, pakai terjah je. Kalah Naz Ahmad dalam melodi tu.” Aku memarahi Hawa. Aku, Syuhada dan Hawa duduk dalam satu bilik yang sama.
“Ala jangan la marah… jap-jap aku keluar balik.” Kami hairan kekenapa tiba-tiba minah ni keluar balik dari bilik.
“Assalamualaikum, boleh saya masuk?” dari luar Hawa memberi salam siap ketuk pintu lagi. Pecah tawa aku dan Syuhada melihat tindakkan Hawa itu. Hawa memang suka membuat lawak. Kadang-kadang sampai kami nak pecah perut dibuatnya.

******************************************

Setelah tiga tahun bertungkus-lumus belajar di sini. Akhirnya, aku ditauliahkan sebagai juruterbang di Majlis Pentauliahan Angkatan Tentera Udara Di Raja Malaysia. Aku sangat gembira pada hari tersebut kerana segala angan-anganku telah menjadi kenyataan. Kini, aku mampu untuk terbang bebas seperti burung.
Semua ahli keluargaku hadir dalam majlis tersebut termasuk Along. Aku begitu gembira kerana telah membuktikan kepada abah dan mak bahawa aku juga boleh melakukan seperti mana yang orang lelaki boleh lakukan. Sehingga aku tidak sedar ada air mata yang mengalir. Aku menangis bukan kerana sedih tetapi kerana aku terlalu gembira dengan kejayaan ini. Kerana apa yang aku inginkan selama ini, telah menjadi kenyataan.
“Tahniah! Kak Ngah kau telah membuktikan pada kami, perempuan juga boleh melakukan perkara yang lelaki lakukan. Tahniah sekali lagi aku ucapkan kepada kau.” Along aku, Muhammad Amsyar berkali-kali memberi ucapan tahniah kepadaku. Dia juga menghadiahkanku sejambak bunga sebagai ucapan tahniah.
“Wei! Kak Ngah sekarang kau dah jadi pilot lah… Bestnya… Nanti bolehlah kau bawa aku terbang menerjah awan. Bestnya…” Asyraf menyampuk tiba-tiba.
“Eh.. kau ni Asyraf aku cepuk baru kau tahu. Orang dok sibuk-sibuk ucap tahniah dia sibuk nak terbang segala bagai.” Kata Ariff kepada Asyraf. Kelakuan Asyraf dan percakapan Ariff membuatkan kami sekeluarga tertawa.
“Kak Ngah… Cantik Kak Ngah pakai uniform ni. Serba putih. Cantik sangat anak dara mak yang sorang ni.” Mak memujiku.
“Ishh.. mak ni mana ada, Kak Ngah biasa je…”
“Ait.. Ada orang dah pandai malu.” Abah menyindirku sambil tersenyum. Sejak masuk ke kolej ini perwatakanku sedikit sebanyak telah berubah kerana berkawan dengan Syuhada dan Hawa. Mereka seperti perempuan melayu terakhir, namun impian dan matlamat kami semua sama iaitu menjadi juruterbang perempuan di Malaysia.




Andainya… berburung terbang kerana sayapnya…
Ku terbang menerjah awan… Demi hasrat membara…
Ooo.. Gunung dan ganang lautan yang terbentang…
Hanya sesayup mata memandang… Bukanlah… Halangan…
Hanya yang kupinta rangkaian doa…
Agar tiap langkah.. Diiringi restu semua…


Inilah lagu yang membuatkan kami bertiga gigih untuk menghabiskan pengajian kami di sini. Lagu nyanyian Farah Wahida bertajuk Menerjah Awan.
“Yes! Alhamdulillah, akhirnya aku dapat juga terbang bebas di udara separti burung.”



Sekian, terima kasih.