Wednesday 22 February 2012

TERIMA KASIH LAPTOP!!




TERIMA KASIH LAPTOP!!

“Ish!!! Laptop ni! Buat hal pula! Time-time aku perlukan dia lah. Dia nak buat hal.”

“Sayang janganlah macam ni. Takkan kau nak suruh aku beli yang baru? Manalah aku nak ada duit tengah-tengah bulan ni. Please jangan mogok… Aku memerlukan khidmat kau ni.” Aku cuba memujuk laptopku yang tidak mahu hidup. Selalu ok je, tiba-tiba hari aku nak guna dia, dia nak mogok pula.

“Aduh!! Macam mana ni? Dah lah aku kena hantar assignment sebelum hujung minggu ni. Kalau aku tak hantar assignment Puan Rohani sebelum hujung minggu ni, terpaksalah aku repeat paper dia next sem.” Aku bercakap sorang-sorang dihadapan laptop kesayanganku yang tidak mahu hidup.

“Im… Boleh tolong aku tak? Tolong tengokkan laptop aku. Tiba-tiba dia tak nak hiduplah.” Aku menelefon Im, kawan baikku untuk meminta pertolongan.

“Assalamualaikum, amboi bagusnya anak dara sorang ni. Dah lah telefon orang bukan nak bagi salam dulu, pakai tembak je kalah mesin gun.”

“Waalaikumusalam, hihihi.. Sory la Im.. Aku terlupa pula.”

“Banyaklah cantik muka kau. Apa pula masalah laptop kau tu kali ni?”

“Entahlah Im, tiba-tiba je aku on laptop ni tapi tak mahu hidup. Aku dah try banyak kali dah. Tapi tak hidup-hidup juga.”

“Ok, petang ni aku datang rumah kau. Tengok apa pasal dengan laptop kau tu.”

“Ok, thanks Im.”

Im atau nama penuhnya Muhammad Imran adalah kawan baikku sejak kecil lagi. Kami berdua sebenarnya berjiran, family aku dan family dia sangat rapat. Kami seperti sebuah keluarga besar. Bila family aku ada masalah, family Imran akan membantu. Begitu juga sebaliknya.

Imran anak sulung daripada 3 orang adik-beadik, kesemua adik-beradiknya lelaki. Sekarang dia belajar jurusan Sains Komputer di UiTM, Seri Iskandar Perak. Manakala, aku pula belajar dalam jurusan Pengurusan Perniagaan di universiti yang sama.

Sebagai pelajar degree, kami terpaksa menyewa rumah di luar. Kerana kolej kediaman tidak cukup untuk menampung semua pelajar. Pihak pengurusan kolej lebih mengutamakan pelajar diploma, kerana mereka masih muda dan baru menjejak kaki ke menara gading. Mereka menganggap bahawa pelajar degree lebih matang dan boleh menjaga diri.

Aku menyewa di SIDEX, manakala Imran menyewa di Bandar Universiti, atau lebih famous dengan nama Bandar U. Rumah dia dan rumah aku tidaklah jauh mana cuma mengambil masa dalam 10 minit untuk sampai. Setiap hari, Imran akan berulang-alik dengan motosikal kesayangannya untuk ke UiTM. Aku pula sekadar berjalan kaki ke UiTM, kerana rumah aku dan UiTM hanya sebelah pagar. Kalau berjalan hanya mengambil masa selama 5 minit untuk sampai ke UiTM.

******************************************

“Assalamualaikum, Ina.. Ooo.. Ina..”

“Eh.. Ada orang bagi salam, ni mesti tak lain tak bukan Im lah ni. Waalaikumusalam, jap-jap aku keluar ni.”

“Ish.. Lama gila minah ni. Apalah dia buat lama sangat. Dahlah panas kat luar ni.” Imran bermonolog dalaman sambil menunggu aku keluar.

“Wei… Minah apa kau buat dekat dalam tu lama sangat? Tak payah make-up, make-up bagi bukan nak jumpa boyfriend kau pun. Nak jumpa aku je pun.” Belum sempat aku membuka pintu pagar, Imran dah menyembur aku.

“Kau ni tak tahu sabarkan? Aku tengah pakai tundunglah tadi. Aku pun tak ingin nak make-up bagai bukan ada faedah pun. Takat jumpa kau je, pakai bedak sejuk pun boleh. Kalau jumpa pakwe aku bolehlah aku melawa.”

“Chup.. Chup... kau ada pakwe ke? Sejak bila? Aku tak tahu pula.”

“Tu lah kau, aku kata kau skema kau marah. Manalah kau nak tahu, kau 24 jam depan laptop kau tu je. Nanti kau buat je laptop tu jadi bini kau. Senang…”

“Eh… Memang laptop aku tu bini aku pun. Kau tu je yang lambat.”

“Dah-dah malas aku nak layan loya buruk kau ni. Hah! apa hal kau datang sini?”

“Woow.. Aku jugalah yang loya buruk. Ada ke pula kau tanya aku datang sini buat apa! Bukan kau ke yang panggil aku datang sini untuk tengokkan laptop kau?”

“Ya Allah! Hampir terlupa aku. Jap aku pergi ambil sayang aku tu.” Tidak lama kemudian aku mengeluarkan laptop kesayangan aku itu.

“Ni hah… Kau tolong tengokkan jap. Aku tak tahu kenapa dia tak boleh nak on.”

“Wei… tak ada sticker lain ke kau nak letak kat laptop kau ni? Ada pula letak sticker hello kitty, macam budak tadika.”

“Yang kau sibuk sangat ni kenapa? Banyak bunyilah kau ni. Cepat tengokkan laptop aku tu. Aku nak kena siapkan assignment Puan Rohani. Kalau tak siap, matilah aku kena repeat paper singa betina tu. Tak nak aku… Azab tahu tak.. azab…”

“Tu lah kau, awal-awal bukan kau nak buat assignment tu. Ni dah dekat dengan due date dia baru kau nak buat. Awal-awal mesti kau sibuk duk layan cerita Boys over flower tu. Betul tak?”

“Ala.. Kau  nie tahu-tahu je..”

“Bukan aku baru kenal kau semalam. Wei.. Laptop kau ni aku bawa balik dulu lah. Nanti aku bagi kau pinjam laptop aku untuk kau siapkan assignment kau tu. Tapi jangan nak gatal tengok cerita korea pula. Siapkan assignment kau tu dulu. Ok?”

“Ok.. Tengoklah macam mana nanti.”

“Ok.. Tengoklah aku nak bagi pinjam ke tak laptop aku tu kat kau nanti.”

“Wei.. Tapi tadi kau janji nak bagi pinjam laptop kau kat aku! Mana adil!”

“Apa pula tak adil, adil lah. Kau kata tengoklah macam mana nantikan? Aku pun tengoklah nak bagi pinjam ke tak.”

“Ish… Kau ni!! Oklah aku janji tak tengok cerita korea dan aku siapkan assignment aku dulu.”

“Alhamdulillah, kan senang macam tu. Ok jap gi aku hantar laptop aku kat kau. Tapi kau kena jaga bini aku tu elok-elok. Ok?”

“Ok… Baiklah Encik Muhammad Imran ku sayang!” Imran berlalu pergi dengan senyuman yang terukir dibibirnya.

******************************************

“Alhamdulillah, akhirnya siap juga assignment Puan Rohani ni.” Sambil aku save kan semua kerja yang aku buat tadi ke dalam pendrive untuk di print.

“Ish.. Apa aku nak buat ni? Kalau laptop aku, boleh juga aku tengok Boys over flower sampai habis. Ni laptop si Imran apa lah yang aku boleh buat?” Oleh sebab keboringan aku pun bukalah satu folder ke satu folder, hampir ke semua folder aku buka tapi tidak ada apa-apa yang best pun yang ada semua software komputer dan games sahaja.

“Wei Ina! Kau buat apa tu? Aik? Ni laptop siapa? Laptop hello kitty kau tu mana?” tiba-tiba Farah masuk ke bilik aku. Lupa pula nak cerita, aku menyewa dengan enam orang course mate aku. Kami duduk bersama-sama sejak semester 2 lagi. Semester 1 kami semua dapat tinggal di kolej, semester 2 barulah kami di suruh menyewa di luar.

“Ish, kau ni Farah. Buat terkejut aku je. Masuk pakai serbu je, kalau aku ada lemah jantung dah lama aku mati kat sini. Ni laptop Imran. Dia bagi aku pinjam sementara dia nak betulkan laptop aku tu.”

Sorry.. sorry.. Aku tahu kau tak ada lemah jantung, tu yang aku nak uji jantung kau tu.”

“Banyaklah aku punya uji. Ingat aku ni barang eksperimen ke?”

“Hihihihi.. Janganlah marah nanti cepat tua baru padan muka kau.”

“Banyaklah kau..”

“Aish.. Aku mana banyak pun. Aku sorang je kat sini.” Geram aku melayan si Farah ni, makin layan makin menjadi pula dia, baik aku diam lagi bagus.

“Ait.. Pasal apa kau diam. Janganlah merajuk dengan aku. Aku usik je.”

“Mana ada aku merajuk. Aku malas nak layan kau je. Bukan boleh layan kau ni lebih-lebih sangat nanti naik gila aku dengan kerenah kau.”

“Hihihihi… Ina kau tengah buat apa?” Farah tersenyum sumbing sambil menanyakan soalan kepadaku.

“Aku baru lepas siapkan assignment Puan Rohani. Kau dah siap ke assignment yang dia bagi tu?”

“Ooo.. yang Strategic Management tu ke?”

“Aaa.. yang itulah.. Ada yang lain ke?”

“Tak adalah. Yang tu aku dah siapkan semalam lagi. Tunggu nak pergi print je.”

“Oklah… Esok kita pergi print sama-sama.”

“Ok… No problem.”

******************************************

“Assalamualaikum, Im. Laptop aku dah siap ke belum?” Aku menelefon Imran setelah hampir seminggu laptop keakungan aku ada bersama dia.

“Waalaikumusalam, laptop kau ni banyak benda yang rosak sebab terlalu panas dia punya ram and mother board dah rosak aku tengah cari benda yang nak ganti tu tapi tak ada pula. Tunggu stok sampai, minggu depan aku bagi dekat kau kalau dah siap.”

“Oklah kalau macam tu. Nanti berapa harga dia kau claim je kat aku.”

“Ok.” Aku meletakkan telefon. Terpaksalah aku hidup seminggu lagi tanpa laptop kesayanganku itu.

Seminggu kemudian, aku telah mendapat semula laptopku. Tapi bila aku tanya Imran berapa yang perlu di bayar dia tidak mahu cakap.

“Tak payah lah Ina. Aku tolong ikhlas.”

“Kau ni Im. Aku pun bukan ada duit sangat kita sama-sama tengah belajar banyak pakai duit.”

“Ala… Tak apa. Kalau kau nak sangat nanti kau belanja aku makan. Ok?”

“Oklah, dah kau kata macam tu. Nanti aku belanja kau KFC kat Bandar U tu. Ok?”

“Bandar U je? Ok lah… Tak kesah aku ikut je dah kau nak belanja. Wei! Sebelum aku lupa aku ada buat satu folder baru nanti kau tengoklah.”

“Ok. Anyway, thanks tau tolong baiki laptop aku.”

“Ala.. Small matter lah.”

******************************************

Pada malam itu, baru aku mempunyai peluang untuk melihat laptop kesayanganku. Selepas, Imran pulang tengah hari tadi, aku sibuk bersama-sama housemate ku memasak dan mengemas rumah. Aku letakkan sahaja laptopku itu di dalam bilik dan membiarkan sahaja di situ, tanpa melihat folder yang dikatakan oleh Imran. Sehingga malam tiba baru aku membuka laptop itu.

Folder apa yang Imran letakkan dalam laptop aku ni?” aku tertanya-tanya sambil membuka laptop kesayanganku itu.

“Fuhh.. Nasib baik semua maklumat dalam ni tak hilang tidak susah juga aku. Dah bertahun-tahun belajar semua hasil kerja aku hilang.”

“Hah!!! Ni ke folder yang Imran katakan tadi? Kenapa siap tulis nama penuh aku lagi?” aku terlihat satu folder yang tertulis KAMELIA KATRINA.

“Baik aku tengok apa yang ada kat dalam ni.” Aku pun membuka folder terbabit. Di situ terdapat banyak gambar aku dan Imran semasa kami kecil, di waktu sekolah menengah dan kini kami bersama-sama di sini.

“Biar betul budak Imran ni? Semua gambar kami ada dia simpan. Hebat betul. Aku pun tak ada semua gambar-gambar ni.” Setelah habis aku melihat gambar-gambar yang dirakamkan sepanjang kami bersama, aku terlihat satu fail Microsoft word. Aku pun membuka fail tersebut. Terdapat satu surat yang ditulis oleh Imran dan ditujukan kepadaku.



Kehadapan Kamilia Katrina yang disayangi,

Terlebih dahulu Im nak minta maaf sekiranya surat yang Im tulis ni menggangu ketenteraman hidup Ina.

Kamilia Katrina yang disayangi,

Im tidak tahu dan tidak sejak bila Im dah jatuh hati kepada Ina. Tapi Im makin sedar setelah kita meningkat dewasa. Im tahu kita sama-sama membesar dan sudah seperti adik-beradik. Namun, Im tidak boleh beranggapan seperti itu. Kerana sejak dulu lagi, hati Im telah terpaut kepada Ina.

Im nak Ina tahu yang Im terlalu sayangkan Ina dan mencintai Ina. Im sedar mungkin Ina tidak pernah mempunyai perasan kapada Im. Tapi Im akan tetap menyayangi dan menyintai Ina sehingga ke hujung nyawa Im.

Ina yang disayangi,

Jika Ina tidak mempunyai perasan kepada Im, Ina abaikan sahaja surat ini. Kita tetap boleh berkawan seperti biasakan? Im tak nak kerana surat ini Ina menjauhkan diri dari Im.

Maafkan Im, sekiranya surat ini menganggu hidup Ina. Ina delete lah fail ini sekiranya Ina telah membacanya, supaya ianya tidak mengganggu Ina.

Yang mencintaimu dan menyayangimu,
MUHAMMAD IMRAN ABDUL RAHIM


Tanpa aku sedar air mata aku menitik. Aku tidak sangka bahawa selama ini Imran mempunyai perasaan kedapaku. Sekiranya dia tahu aku juga mempunyai perasaan yang sama kepadanya, apa tindakan Imran agaknya.

******************************************



 
Selepas tiga tahun kejadian itu berlaku, kini aku telah menjadi salah seorang executive di sebuah syarikat yang terkemuka di Kuala Lumpur. Manakala, Imran membuka sebuah syarikat perisian komputernya sendiri. Kami tetap berkawan seperti biasa tidak ada apa-apa yang menjejaskan hubungan kami. Cuma aku masih tidak memberitahu dia tentang perasaanku.

“Ina! Bila kau nak kahwin?” Imran menanyakan aku soalan itu ketika kami berdua keluar makan bersama-sama.

“Insya’allah ada jodoh tak lama lagi aku kahwinlah.”

“Tahniah. Siapalah lelaki yang bertuah tu?”

“Ada je di hati aku selama ini. Tak pernah pun sedetik aku melupakan dia.”

“Beruntungnya lelaki tu.”

“Im, aku nak minta tolong kau ni. Laptop aku rosak lagi tak boleh nak buka macam tiga tahun lepas. Banyak maklumat syarikat aku simpan dalam tu. Boleh kau tolong aku baiki laptop kesayangan aku ni.”

“Ye ke? Tak apa kau bagi aku, nanti aku tolong baiki.”

“Eh.. Kenapa dengan laptop kau ni macam ada yang hilang?”

“Hah!! Apa yang hilang?? Aku tengok semua lengkap je.”

“Mmm… Sticker hello kitty kau dah tak ada.”

“Ish.. Kau ni main-main pula.”

“Oklah nanti dah siap kau bagi tahu aku ok?”

“Ok, see you soon.”

******************************************


Apabila tiba di rumah Imran cuba membuka laptop Ina.

“Aik… Ok je laptop je laptop minah ni. Boleh je buka. Mesti dia on tak betul ni.” Imran pun terus melihat apa yang ada di dalam laptop Ina, mungkin dia boleh menambah software yang baru untuk laptop kesayangan Ina.

“Eh! Kenapa ada folder nama aku dalam laptop Ina ni?” Imran pun membuka folder tersebut di situ terdapat satu fail Microsoft word. Imran pun membukanya dan membaca apa yang tertulis di fail tersebut.


Kehadapan Muhammad Imran yang dikasihi,

Ketika awak membaca surat ini, tentu-tentulah laptop kesayangan saya ni ada pada awak. Jawapan kedapa soalan awak tiga tahun lepas masih belum terjawabkan? Awak nak tahu jawapannya?

Sebenarnya, saya pun menpunyai perasaan yang sama kepada awak tapi saya malu untuk meluahkannya. Saya takut cinta saya hanya bertepuk sebelah tangan. Saya tidak sangka awak pun mempunyai perasaan yang sama kepada saya.

Terima kasih, kerana telah menyayangi dan menyintai saya selama ini. Rupa-rupanya kita sama-sama mempunyai perasaan antara satu sama lain. Untuk pengetahuan awak, kenapa saya tidak memberikan jawapan kepada pertanyaan awak tiga tahun lepas kerana saya sengaja mahu menguji kejujuran awak. Saya mahu lihat sendiri sejauh mana awak menyayangi dan menyintai saya.

Sekarang saya telah benar-benar pasti bahawa awak memang menyintai dan menyayangi saya sepenuh hati awak. Saya dapat baca itu semua dari mata awak itu. Mata tidak dapat menipu dari situ saya dapat melihat keikhlasan awak.



Yang jujur menyintaimu,
Kamelia Katrina


“Biar betul ni? Aku tak bermimpikan??” Imran menampar-nampar pipinya. Kemudian, Imran terus mengambil telefon bimbitnya dan menelefon Ina.

“Ina! Betul ke? Apa yang awak tulis kat laptop awak ni?”

“Assalamualaikum, apa yang betul Im?”

“Waalaikumusalam, alamak sorry main terjah je. Lupa pula nak bagi salam. Betul ke? Awak juga menyintai saya?”

“Mmm.. Sepertinya tertulis di dalam laptop tu. Memang itulah yang saya rasai selama ini.”

“Kamelia Katrina… Sudikah awak menjadi isteri saya yang sah dan berkongsi susah senang bersama-sama saya?”

Hanya kerana sebuah komputer riba atau laptop, dua hati terpaut menjadi satu. Kerana laptop juga mereka dapat meluahkan isi hati mereka, dan kerana laptop juga, mereka bakal menjadi suami isteri tidak lama lagi.

1 comment:

  1. not bad... da bakat... tp satu ja... pic n lappy owg siap helo kitty bgai... hihi... lps nie wt cita psai mimi plak

    ReplyDelete