Wednesday 22 February 2012

TERIMA KASIH LAPTOP!!




TERIMA KASIH LAPTOP!!

“Ish!!! Laptop ni! Buat hal pula! Time-time aku perlukan dia lah. Dia nak buat hal.”

“Sayang janganlah macam ni. Takkan kau nak suruh aku beli yang baru? Manalah aku nak ada duit tengah-tengah bulan ni. Please jangan mogok… Aku memerlukan khidmat kau ni.” Aku cuba memujuk laptopku yang tidak mahu hidup. Selalu ok je, tiba-tiba hari aku nak guna dia, dia nak mogok pula.

“Aduh!! Macam mana ni? Dah lah aku kena hantar assignment sebelum hujung minggu ni. Kalau aku tak hantar assignment Puan Rohani sebelum hujung minggu ni, terpaksalah aku repeat paper dia next sem.” Aku bercakap sorang-sorang dihadapan laptop kesayanganku yang tidak mahu hidup.

“Im… Boleh tolong aku tak? Tolong tengokkan laptop aku. Tiba-tiba dia tak nak hiduplah.” Aku menelefon Im, kawan baikku untuk meminta pertolongan.

“Assalamualaikum, amboi bagusnya anak dara sorang ni. Dah lah telefon orang bukan nak bagi salam dulu, pakai tembak je kalah mesin gun.”

“Waalaikumusalam, hihihi.. Sory la Im.. Aku terlupa pula.”

“Banyaklah cantik muka kau. Apa pula masalah laptop kau tu kali ni?”

“Entahlah Im, tiba-tiba je aku on laptop ni tapi tak mahu hidup. Aku dah try banyak kali dah. Tapi tak hidup-hidup juga.”

“Ok, petang ni aku datang rumah kau. Tengok apa pasal dengan laptop kau tu.”

“Ok, thanks Im.”

Im atau nama penuhnya Muhammad Imran adalah kawan baikku sejak kecil lagi. Kami berdua sebenarnya berjiran, family aku dan family dia sangat rapat. Kami seperti sebuah keluarga besar. Bila family aku ada masalah, family Imran akan membantu. Begitu juga sebaliknya.

Imran anak sulung daripada 3 orang adik-beadik, kesemua adik-beradiknya lelaki. Sekarang dia belajar jurusan Sains Komputer di UiTM, Seri Iskandar Perak. Manakala, aku pula belajar dalam jurusan Pengurusan Perniagaan di universiti yang sama.

Sebagai pelajar degree, kami terpaksa menyewa rumah di luar. Kerana kolej kediaman tidak cukup untuk menampung semua pelajar. Pihak pengurusan kolej lebih mengutamakan pelajar diploma, kerana mereka masih muda dan baru menjejak kaki ke menara gading. Mereka menganggap bahawa pelajar degree lebih matang dan boleh menjaga diri.

Aku menyewa di SIDEX, manakala Imran menyewa di Bandar Universiti, atau lebih famous dengan nama Bandar U. Rumah dia dan rumah aku tidaklah jauh mana cuma mengambil masa dalam 10 minit untuk sampai. Setiap hari, Imran akan berulang-alik dengan motosikal kesayangannya untuk ke UiTM. Aku pula sekadar berjalan kaki ke UiTM, kerana rumah aku dan UiTM hanya sebelah pagar. Kalau berjalan hanya mengambil masa selama 5 minit untuk sampai ke UiTM.

******************************************

“Assalamualaikum, Ina.. Ooo.. Ina..”

“Eh.. Ada orang bagi salam, ni mesti tak lain tak bukan Im lah ni. Waalaikumusalam, jap-jap aku keluar ni.”

“Ish.. Lama gila minah ni. Apalah dia buat lama sangat. Dahlah panas kat luar ni.” Imran bermonolog dalaman sambil menunggu aku keluar.

“Wei… Minah apa kau buat dekat dalam tu lama sangat? Tak payah make-up, make-up bagi bukan nak jumpa boyfriend kau pun. Nak jumpa aku je pun.” Belum sempat aku membuka pintu pagar, Imran dah menyembur aku.

“Kau ni tak tahu sabarkan? Aku tengah pakai tundunglah tadi. Aku pun tak ingin nak make-up bagai bukan ada faedah pun. Takat jumpa kau je, pakai bedak sejuk pun boleh. Kalau jumpa pakwe aku bolehlah aku melawa.”

“Chup.. Chup... kau ada pakwe ke? Sejak bila? Aku tak tahu pula.”

“Tu lah kau, aku kata kau skema kau marah. Manalah kau nak tahu, kau 24 jam depan laptop kau tu je. Nanti kau buat je laptop tu jadi bini kau. Senang…”

“Eh… Memang laptop aku tu bini aku pun. Kau tu je yang lambat.”

“Dah-dah malas aku nak layan loya buruk kau ni. Hah! apa hal kau datang sini?”

“Woow.. Aku jugalah yang loya buruk. Ada ke pula kau tanya aku datang sini buat apa! Bukan kau ke yang panggil aku datang sini untuk tengokkan laptop kau?”

“Ya Allah! Hampir terlupa aku. Jap aku pergi ambil sayang aku tu.” Tidak lama kemudian aku mengeluarkan laptop kesayangan aku itu.

“Ni hah… Kau tolong tengokkan jap. Aku tak tahu kenapa dia tak boleh nak on.”

“Wei… tak ada sticker lain ke kau nak letak kat laptop kau ni? Ada pula letak sticker hello kitty, macam budak tadika.”

“Yang kau sibuk sangat ni kenapa? Banyak bunyilah kau ni. Cepat tengokkan laptop aku tu. Aku nak kena siapkan assignment Puan Rohani. Kalau tak siap, matilah aku kena repeat paper singa betina tu. Tak nak aku… Azab tahu tak.. azab…”

“Tu lah kau, awal-awal bukan kau nak buat assignment tu. Ni dah dekat dengan due date dia baru kau nak buat. Awal-awal mesti kau sibuk duk layan cerita Boys over flower tu. Betul tak?”

“Ala.. Kau  nie tahu-tahu je..”

“Bukan aku baru kenal kau semalam. Wei.. Laptop kau ni aku bawa balik dulu lah. Nanti aku bagi kau pinjam laptop aku untuk kau siapkan assignment kau tu. Tapi jangan nak gatal tengok cerita korea pula. Siapkan assignment kau tu dulu. Ok?”

“Ok.. Tengoklah macam mana nanti.”

“Ok.. Tengoklah aku nak bagi pinjam ke tak laptop aku tu kat kau nanti.”

“Wei.. Tapi tadi kau janji nak bagi pinjam laptop kau kat aku! Mana adil!”

“Apa pula tak adil, adil lah. Kau kata tengoklah macam mana nantikan? Aku pun tengoklah nak bagi pinjam ke tak.”

“Ish… Kau ni!! Oklah aku janji tak tengok cerita korea dan aku siapkan assignment aku dulu.”

“Alhamdulillah, kan senang macam tu. Ok jap gi aku hantar laptop aku kat kau. Tapi kau kena jaga bini aku tu elok-elok. Ok?”

“Ok… Baiklah Encik Muhammad Imran ku sayang!” Imran berlalu pergi dengan senyuman yang terukir dibibirnya.

******************************************

“Alhamdulillah, akhirnya siap juga assignment Puan Rohani ni.” Sambil aku save kan semua kerja yang aku buat tadi ke dalam pendrive untuk di print.

“Ish.. Apa aku nak buat ni? Kalau laptop aku, boleh juga aku tengok Boys over flower sampai habis. Ni laptop si Imran apa lah yang aku boleh buat?” Oleh sebab keboringan aku pun bukalah satu folder ke satu folder, hampir ke semua folder aku buka tapi tidak ada apa-apa yang best pun yang ada semua software komputer dan games sahaja.

“Wei Ina! Kau buat apa tu? Aik? Ni laptop siapa? Laptop hello kitty kau tu mana?” tiba-tiba Farah masuk ke bilik aku. Lupa pula nak cerita, aku menyewa dengan enam orang course mate aku. Kami duduk bersama-sama sejak semester 2 lagi. Semester 1 kami semua dapat tinggal di kolej, semester 2 barulah kami di suruh menyewa di luar.

“Ish, kau ni Farah. Buat terkejut aku je. Masuk pakai serbu je, kalau aku ada lemah jantung dah lama aku mati kat sini. Ni laptop Imran. Dia bagi aku pinjam sementara dia nak betulkan laptop aku tu.”

Sorry.. sorry.. Aku tahu kau tak ada lemah jantung, tu yang aku nak uji jantung kau tu.”

“Banyaklah aku punya uji. Ingat aku ni barang eksperimen ke?”

“Hihihihi.. Janganlah marah nanti cepat tua baru padan muka kau.”

“Banyaklah kau..”

“Aish.. Aku mana banyak pun. Aku sorang je kat sini.” Geram aku melayan si Farah ni, makin layan makin menjadi pula dia, baik aku diam lagi bagus.

“Ait.. Pasal apa kau diam. Janganlah merajuk dengan aku. Aku usik je.”

“Mana ada aku merajuk. Aku malas nak layan kau je. Bukan boleh layan kau ni lebih-lebih sangat nanti naik gila aku dengan kerenah kau.”

“Hihihihi… Ina kau tengah buat apa?” Farah tersenyum sumbing sambil menanyakan soalan kepadaku.

“Aku baru lepas siapkan assignment Puan Rohani. Kau dah siap ke assignment yang dia bagi tu?”

“Ooo.. yang Strategic Management tu ke?”

“Aaa.. yang itulah.. Ada yang lain ke?”

“Tak adalah. Yang tu aku dah siapkan semalam lagi. Tunggu nak pergi print je.”

“Oklah… Esok kita pergi print sama-sama.”

“Ok… No problem.”

******************************************

“Assalamualaikum, Im. Laptop aku dah siap ke belum?” Aku menelefon Imran setelah hampir seminggu laptop keakungan aku ada bersama dia.

“Waalaikumusalam, laptop kau ni banyak benda yang rosak sebab terlalu panas dia punya ram and mother board dah rosak aku tengah cari benda yang nak ganti tu tapi tak ada pula. Tunggu stok sampai, minggu depan aku bagi dekat kau kalau dah siap.”

“Oklah kalau macam tu. Nanti berapa harga dia kau claim je kat aku.”

“Ok.” Aku meletakkan telefon. Terpaksalah aku hidup seminggu lagi tanpa laptop kesayanganku itu.

Seminggu kemudian, aku telah mendapat semula laptopku. Tapi bila aku tanya Imran berapa yang perlu di bayar dia tidak mahu cakap.

“Tak payah lah Ina. Aku tolong ikhlas.”

“Kau ni Im. Aku pun bukan ada duit sangat kita sama-sama tengah belajar banyak pakai duit.”

“Ala… Tak apa. Kalau kau nak sangat nanti kau belanja aku makan. Ok?”

“Oklah, dah kau kata macam tu. Nanti aku belanja kau KFC kat Bandar U tu. Ok?”

“Bandar U je? Ok lah… Tak kesah aku ikut je dah kau nak belanja. Wei! Sebelum aku lupa aku ada buat satu folder baru nanti kau tengoklah.”

“Ok. Anyway, thanks tau tolong baiki laptop aku.”

“Ala.. Small matter lah.”

******************************************

Pada malam itu, baru aku mempunyai peluang untuk melihat laptop kesayanganku. Selepas, Imran pulang tengah hari tadi, aku sibuk bersama-sama housemate ku memasak dan mengemas rumah. Aku letakkan sahaja laptopku itu di dalam bilik dan membiarkan sahaja di situ, tanpa melihat folder yang dikatakan oleh Imran. Sehingga malam tiba baru aku membuka laptop itu.

Folder apa yang Imran letakkan dalam laptop aku ni?” aku tertanya-tanya sambil membuka laptop kesayanganku itu.

“Fuhh.. Nasib baik semua maklumat dalam ni tak hilang tidak susah juga aku. Dah bertahun-tahun belajar semua hasil kerja aku hilang.”

“Hah!!! Ni ke folder yang Imran katakan tadi? Kenapa siap tulis nama penuh aku lagi?” aku terlihat satu folder yang tertulis KAMELIA KATRINA.

“Baik aku tengok apa yang ada kat dalam ni.” Aku pun membuka folder terbabit. Di situ terdapat banyak gambar aku dan Imran semasa kami kecil, di waktu sekolah menengah dan kini kami bersama-sama di sini.

“Biar betul budak Imran ni? Semua gambar kami ada dia simpan. Hebat betul. Aku pun tak ada semua gambar-gambar ni.” Setelah habis aku melihat gambar-gambar yang dirakamkan sepanjang kami bersama, aku terlihat satu fail Microsoft word. Aku pun membuka fail tersebut. Terdapat satu surat yang ditulis oleh Imran dan ditujukan kepadaku.



Kehadapan Kamilia Katrina yang disayangi,

Terlebih dahulu Im nak minta maaf sekiranya surat yang Im tulis ni menggangu ketenteraman hidup Ina.

Kamilia Katrina yang disayangi,

Im tidak tahu dan tidak sejak bila Im dah jatuh hati kepada Ina. Tapi Im makin sedar setelah kita meningkat dewasa. Im tahu kita sama-sama membesar dan sudah seperti adik-beradik. Namun, Im tidak boleh beranggapan seperti itu. Kerana sejak dulu lagi, hati Im telah terpaut kepada Ina.

Im nak Ina tahu yang Im terlalu sayangkan Ina dan mencintai Ina. Im sedar mungkin Ina tidak pernah mempunyai perasan kapada Im. Tapi Im akan tetap menyayangi dan menyintai Ina sehingga ke hujung nyawa Im.

Ina yang disayangi,

Jika Ina tidak mempunyai perasan kepada Im, Ina abaikan sahaja surat ini. Kita tetap boleh berkawan seperti biasakan? Im tak nak kerana surat ini Ina menjauhkan diri dari Im.

Maafkan Im, sekiranya surat ini menganggu hidup Ina. Ina delete lah fail ini sekiranya Ina telah membacanya, supaya ianya tidak mengganggu Ina.

Yang mencintaimu dan menyayangimu,
MUHAMMAD IMRAN ABDUL RAHIM


Tanpa aku sedar air mata aku menitik. Aku tidak sangka bahawa selama ini Imran mempunyai perasaan kedapaku. Sekiranya dia tahu aku juga mempunyai perasaan yang sama kepadanya, apa tindakan Imran agaknya.

******************************************



 
Selepas tiga tahun kejadian itu berlaku, kini aku telah menjadi salah seorang executive di sebuah syarikat yang terkemuka di Kuala Lumpur. Manakala, Imran membuka sebuah syarikat perisian komputernya sendiri. Kami tetap berkawan seperti biasa tidak ada apa-apa yang menjejaskan hubungan kami. Cuma aku masih tidak memberitahu dia tentang perasaanku.

“Ina! Bila kau nak kahwin?” Imran menanyakan aku soalan itu ketika kami berdua keluar makan bersama-sama.

“Insya’allah ada jodoh tak lama lagi aku kahwinlah.”

“Tahniah. Siapalah lelaki yang bertuah tu?”

“Ada je di hati aku selama ini. Tak pernah pun sedetik aku melupakan dia.”

“Beruntungnya lelaki tu.”

“Im, aku nak minta tolong kau ni. Laptop aku rosak lagi tak boleh nak buka macam tiga tahun lepas. Banyak maklumat syarikat aku simpan dalam tu. Boleh kau tolong aku baiki laptop kesayangan aku ni.”

“Ye ke? Tak apa kau bagi aku, nanti aku tolong baiki.”

“Eh.. Kenapa dengan laptop kau ni macam ada yang hilang?”

“Hah!! Apa yang hilang?? Aku tengok semua lengkap je.”

“Mmm… Sticker hello kitty kau dah tak ada.”

“Ish.. Kau ni main-main pula.”

“Oklah nanti dah siap kau bagi tahu aku ok?”

“Ok, see you soon.”

******************************************


Apabila tiba di rumah Imran cuba membuka laptop Ina.

“Aik… Ok je laptop je laptop minah ni. Boleh je buka. Mesti dia on tak betul ni.” Imran pun terus melihat apa yang ada di dalam laptop Ina, mungkin dia boleh menambah software yang baru untuk laptop kesayangan Ina.

“Eh! Kenapa ada folder nama aku dalam laptop Ina ni?” Imran pun membuka folder tersebut di situ terdapat satu fail Microsoft word. Imran pun membukanya dan membaca apa yang tertulis di fail tersebut.


Kehadapan Muhammad Imran yang dikasihi,

Ketika awak membaca surat ini, tentu-tentulah laptop kesayangan saya ni ada pada awak. Jawapan kedapa soalan awak tiga tahun lepas masih belum terjawabkan? Awak nak tahu jawapannya?

Sebenarnya, saya pun menpunyai perasaan yang sama kepada awak tapi saya malu untuk meluahkannya. Saya takut cinta saya hanya bertepuk sebelah tangan. Saya tidak sangka awak pun mempunyai perasaan yang sama kepada saya.

Terima kasih, kerana telah menyayangi dan menyintai saya selama ini. Rupa-rupanya kita sama-sama mempunyai perasaan antara satu sama lain. Untuk pengetahuan awak, kenapa saya tidak memberikan jawapan kepada pertanyaan awak tiga tahun lepas kerana saya sengaja mahu menguji kejujuran awak. Saya mahu lihat sendiri sejauh mana awak menyayangi dan menyintai saya.

Sekarang saya telah benar-benar pasti bahawa awak memang menyintai dan menyayangi saya sepenuh hati awak. Saya dapat baca itu semua dari mata awak itu. Mata tidak dapat menipu dari situ saya dapat melihat keikhlasan awak.



Yang jujur menyintaimu,
Kamelia Katrina


“Biar betul ni? Aku tak bermimpikan??” Imran menampar-nampar pipinya. Kemudian, Imran terus mengambil telefon bimbitnya dan menelefon Ina.

“Ina! Betul ke? Apa yang awak tulis kat laptop awak ni?”

“Assalamualaikum, apa yang betul Im?”

“Waalaikumusalam, alamak sorry main terjah je. Lupa pula nak bagi salam. Betul ke? Awak juga menyintai saya?”

“Mmm.. Sepertinya tertulis di dalam laptop tu. Memang itulah yang saya rasai selama ini.”

“Kamelia Katrina… Sudikah awak menjadi isteri saya yang sah dan berkongsi susah senang bersama-sama saya?”

Hanya kerana sebuah komputer riba atau laptop, dua hati terpaut menjadi satu. Kerana laptop juga mereka dapat meluahkan isi hati mereka, dan kerana laptop juga, mereka bakal menjadi suami isteri tidak lama lagi.

Monday 20 February 2012

Sedetik Bersama, Seabadku Rasa




SEDETIK BERSAMA, SEABAD KU RASA


Setelah tiga tahun bertungkus-lumus dan bergelut di dunia menara gading. Kini aku telah berjaya mengharunginya, syukur kehadrat Illahi tanpaNYA, aku tidak mungkin akan berjaya hingga ke tahap ini.

Setelah tamat zamanku di universiti, kini aku mula mencari kerja. Namun aku tetap menjadi penganggur terhormat. Abah dan mama menyuruh aku mencari kerja yang dekat dengan area Alor Setar. Aku menurut sahaja, namun aku sedar di Kedah peluang pekerjaan sangat kurang. Kelulusan yang ada tidak menjamin pekerjaan, kerana orang melihat penampilan dan pembawakan diri kita semasa sesi temuduga.

Setelah hampir lima bulan menjadi penganggur terhormat aku bercadang untuk menjejakkan kaki ke Kota Metropolitan. Di sana orang kata banyak peluang pekerjaan. Aku ingin mencuba, mungkin rezekiku di sana.

“Mama boleh la kak ngah pi KL.. Mama tolong la pujuk abah sat..Tolong la mama… Mama kan baik..” sambil memasak di dapur aku menyuarakan keinginanku kepada mama dan memujuk mama supaya bercakap dengan abah tentang hasratku.

“Kak ngah nak pi sana nak buat apa?? Sini pun berlambak ja kerja kosong,” balas mama.

“Ye la mama.. memang banyak pun tapi masalahnya semua nak pengalaman kerja.. Kalau ada pun semua nak yang berkelulusan SPM ja… Bila tengok ja resume kak ngah semua takut nak amik kerja. Takut la tu kak ngah minta gaji tinggi. Pening kak ngah pikiq, lagi pun boring la mama dok umah ja tak buat apa-apa.. Kak ngah nak cuba berdikari tanpa bergantung dengan mama dan abah.”

“Ish… kak ngah ni… Bukan mama dengan abah tak bagi ang pi sana kami takut ja.. Siapa nak jaga ang kat sana nanti? Macam-macam kami dok dengaq itu la, ini la.. Tu yang kami takut nak lepas ang pi sana.”

“Ala.. mama boleh la.. kak ngah kan dah besaq mama dengan abah jangan risau. Pandai la kak ngah jaga diri kak ngah kat sana nanti.”

“Apa la hampa dua beranak ni dok bising.. Dah siap masak belum?” suara abah dari ruang tamu mematikan perbincangan aku dan mama.

“Mama.. boleh la.. Mama bincang dengan abah no?” dengan muka sepuluh sen aku meminta simpati mama supaya berbincang dengan mama.

“Tengok la, nanti mama bincangkan dengan abah hang tu..”

Setelah selesai memasak, kami sekeluarga makan bersama-sama. Itulah rutin harian aku dan mama, kami akan masak bersama-sama dan menghidangnya kepada ahli keluarga yang lain. Aku tinggal bersama abah, mama dan dua adik lelakiku. Kakakku dan adikku yang ketiga masih belajar dan tinggal di asrama.

******************************************

Pada malam itu, aku berkurung sahaja di dalam bilik, malas nak makan. Konon-kononnya nak buat mogok lapar. Abah hairan dengan keadaan itu, sebab dah lama aku tidak buat perangai tiba-tiba hari ini buat perangai, lalu bertanya kepada mama.

“Mama… Awat dengan anak kita yang sorang tu? Tiba-tiba tak mau makan. Kalau time-time macam ni dia la yang dok sibuk tolong awak masak untuk makan malam.”

“Ala.. anak awak tu buat mogok lapaq la tu.. Nak tunjuk perasaan konon..”

“Laa.. tunjuk perasaan pasai pa pulak? Bukan tengah hari tadi dok elok ja ka?”

“Ya la.. dia ada bincang dengan saya tengah hari tadi.. Katanya dia nak ke KL, nak cari kerja kat sana. Dia suruh saya pujuk awak supaya bagi dia pi sana.”

“La.. pasai tu ja ka? Ingat pasai pa la tadi.. habaq kat dia tak payah pi KL tu, kat sini pun kerja berlambak.”

“Awak cakap senang la abahnya.. Awak bukan tak tau kak ngah tu ketegaq. Dia kata tu, tu la dia nak.” Abah cuma mendiamkan diri.

Aku anak yang memang patuh pada orang tua, tapi bila aku inginkan sesuatu, mestilah dipenuhi kalau tidak siaplah. Ada sahaja yang akan aku lakukan supaya keinginanku tercapai. Aku boleh dikatakan anak yang degil jugak. Tapi taklah sampai ketahap melawan orang tuaku sendiri. Aku menggunakan pendekatan lain untuk membolehkan keinginanku tercapai. Salah satunya mogok lapar. Nak, tak nak terpaksalah mereka menunaikan keinginanku.

Setelah dua hari mogok tidak makan. Abah memanggilku untuk berbincang.

“Kak ngah… hang nak pi KL tu sangat buat apa?”

“Abah… kak ngah nak pi sana, nak cari kerja la.”

“Ok lah.. mama dengan abah dah bincang, hang boleh pi sana tapi dengan satu syarat.”

“Syarat?? Syarat apa abah?”

“Abah nak hang bertunang dengan Fikri.”

“Hah!!! Fikri?? Tak mau la abah.. Kak ngah kan muda lagi baru 22 tahun kot.. Tak kan dah nak bertunang dah.”

“Ikut hang la.. Kalau hang tak mau pi KL tak payah la bertunang dengan budak Fikri tu.”

Aku terdiam, setelah perbincangan tamat aku terus masuk ke dalam bilik.

Fikri memang telah lama menaruh perasaan terhadapku sejak aku dia Tingkatan 5 lagi. Dia anak angkat kepada mak cik aku. Tapi aku tidak suka dengan sikap dia yang suka memaksa. Dia selalu mendesak aku supaya menerima dia, sebagai teman hidupku. Namun, aku selalu menolaknya, lalu dia terus menghantar rombongan meminang ke rumahku, setelah aku tamat belajar di universiti. Nasib baik abah tidak memberi kata putus, tidak masak aku.

******************************************

Empat tahun lepas, aku berkenalan dengan seorang jejaka yang agak rendang dan berkulit cerah di kolej matrikulasi. Kami berkenalan secara tidak sengaja. Aku dan dia bertemu di dalam satu program yang dianjurkan oleh unit Bahasa Inggeris. Dia menjadi refry dan aku pulak menjadi time keeper, tapi untuk kumpulan yang berbeza dalam pertandingan scrabble. Aku tertarik kedapanya dengan gaya dan penampilannya yang selalu merendah diri.

Sebelum ini kami langsung tidak pernah bertembung, walaupun berada di dalam satu kawasan yang sama. Aku cuba mengambil kesempatan untuk berborak-borak dengan dia, namun aku tidak mendapat peluang itu kerana ada saja rakan-rakannya yang datang untuk berborak dengannya, walaupun dia agak pendiam tapi dia tetap melayan rakan-rakannya itu dengan baik.

Akhirnya, kami diperkenalkan oleh kawannya yang berkawan dengan kawanku. Aku rasa sangat gembira waktu itu, tapi dalam masa yang sama aku takut dia sudah berpunya.

“Hai Lynn.. Ni kawan aku nama dia Ilham. Ilham ni Lynn, dia kawan si Nadia ni.” Rizal memperkenalkan si dia kepadaku.

“Hai.. nama saya Nur Azlynn. Salam perkenalan.” Kataku kepadanya.

“Hai.. nama saya Muhammad Ilham. Salam perkenalan.” Balasnya.

Kami bertukar-tukar nombor telefon setelah hampir sejam berborak-borak di bawah foyer A, kami ditemani oleh Nadia dan Rizal sepanjang hampir sejam itu.

******************************************

Aku dan Ilham masing-masing cuba mengenali hati budi sesama sendiri. Ilham adalah anak kelahiran Kuantan dan mempunyai kembar bernama Muhammad Ilman, mereka kembara seiras. Hampir sukar untuk membezakan mereka jika sekali pandang, untuk sesiapa yang mengenali mereka mudah saja untuk membezakannya. Ilham seorang yang pendiam dan jarang tersenyum, jika dibandingkan dengan Ilman dia seorang yang suka bercakap dan selalu tersenyum.

Dalam masa setahun di matrik kami banyak menghabiskan masa bersama-sama. Kami belajar bersama, makan bersama dan kadang-kala kami keluar outing bersama. Ilham seorang lelaki yang sangat baik. Dia banyak membantuku dalam pelajaran, dia juga sering menasihatiku dalam pelbagai aspek. Baik pelajaran, dunia dan juga akhirat. Dia membuatkan aku makin tertarik dengan cara melayannya kedapaku. Namun aku sedar, dia dan aku tidak mempunyai apa-apa hubungan yang istimewa hanya sekadar teman tapi mesra.

Pada satu hari, sedang aku dan dia mengulang kaji bersama-sama seperti kebiasaannya, dia menanyakan aku soalan yang sukar untuk aku tafsirkan.

“Lynn tak lama lagi kita akan habis belajar di matrik ni kan? Betul tak???”

“Aaa.. Kalau tak silap Lynn lagi 2 bulan. Nape Ilham?” aku masih lagi tekun menghadap dan menyelesaikan latihan yang diberikan oleh pensyarah kepadaku.

“Lynn.. Awak ada teman istimewa tak sekarang ni?” aku terkedu seketika dengan soalan yang diajukan kepadaku. Aku terdiam agak lama. Memikirkan soalan yang diajukan oleh Ilham.

“Kenapa Ilham tiba-tiba tanya soalan macam tu kat Lynn?” aku membalas sambil terus menyelesaikan latihanku.

“Tak da pape… Saje je Ilham nak tanya… Tak boleh ke?” Ilham membalas dengan slumbernya.

“Bukan tak boleh.. Cuma Lynn pelik, tiba-tiba je Ilham tanya soalan tu. Kenapa?”

“Tak da pape... Cuma tanya je... Takkan tak boleh?” dia berkata sambil tersenyum simpul.

“Kan.. Lynn dah cakap boleh..”

So, macam mana?”

“Hah??? Macam mana apa?”

“Ala.. Lynn ni!! tiba-tiba mai dah penyakit short term memory dia.

“Amboi!!! pandai dah cakap utara no…”

“Hah!!!! Lynn tak payah nak tukar topik.”

“Laaa… mana ada Lynn tukaq topik.”

“Dah la Lynn.. Tak payah nak menyangkal lagi. Macam la Ilham ni baru kenal Lynn semalam.”

“Aish!! Lynn pulak yang kena.” Aku membiarkan soalan itu berlalu tanpa jawapan. Aku malu, aku tidak tahu bagaimana aku harus menjawab soalan itu. Sebenarnya, bagi aku dialah teman istimewaku.

******************************************

“Lynn, kenapa la susah sangat kau nak jawab soalan aku ni…” Ilham bermonolog dalaman sendiri di atas katil di dalam bilik asramanya.

“Lynn.. sebenarnya aku terlalu sayangkan kau. Tapi aku takut untuk meluahkannya. Lynn… Bolehkah kau menerima cintaku ini? Lynn… aku dah gilakan kau!!!!!” Ilham mengelamun memikirkan Lynn sambil berbaring di atas katil empuk asrama.

“Wei!!! Ill!!! Ngah buat apa tu?? Mengelamun erk!!!” Ilman datang dan mematikan lamunan Ilham.

“Ish… Kau ni Man memeranjatkan aku je..”

“Mana tak terperanjat dok mengelamun je.. Ni mesti tengah ingatkan Lynn ni!!”

“Ish… Kau ni Man, kalau cakap tu boleh tak slow down kan voice kau tu cikit.. Ni mengalahkan speaker dekat luar tu... Baik kau pergi buat announcement je kat blok kita ni, biar semua orang tahu..”

“Hah!!! Tu cadangan yang bagus tu.. Aku gi buat sekarang..” Ilman berlalu dari katil Ilham menuju ke pintu keluar.

“Wei Man!!!! Kau nak ke mana tu???”

“Laaa.. Tadi suruh aku gi buat announcement.. Aku nak gi buat announcement la ni..”

“Ish.. Kau ni Man, aku melawak je la.. Kau jangan buat pasal Man, karang tak pasal-pasal aku yang dapat malu.”

Ilman memang terkenal dengan sikap lurus bendulnya itu. Dia kadang-kadang tidak tahu sama ada kita main-main atau serius. Ini kerana sikapnya itu sendiri, bila orang serius dia main-main dan bila orang main-main dia ambil benda itu serius. Pernah sekali itu, kami beramai-ramai pergi ke tepi pantai untuk berkelah. Ada seorang kanak-kanak perempuan sedang bermain di tepi pantai. Kami saja mahu menyakat Ilman lalu menyuruhnya mengangkat budak itu ke mari dan mencium pipi kanak-kanak terbabit. Tidak lama kemudian dia mengangkat kanak-kanak perempuan tersebut dan letakkannya di hadapan kami. Nasib baik kami sempat menghalang Ilman. Jika tidak, mati la Ilman dikerjakan oleh ayah kanak-kanak perempuan tersebut dahlah ayahnya bertubuh sasa.

******************************************

Tidak lama lagi kami akan menamatkan pelajaran kami dengan menduduki peperiksaan yang terakhir di matrikulasi ini. Selepas ini masing-masing akan pulang ke kampung halaman masing-masing dan menunggu tawaran untuk melanjutkan pelajaran.

Setiap kolej matrikulasi akan mengadakan jamuan dan majlis penutup. Tidak lupa juga dengan kolej kami. Majlis penutup tersebut diberi nama Majlis “Sedetik Bersama, Seabad Ku Rasa”. Ia memberikan makna yang dalam kepada sesiapa yang menghargai setiap detik di sini. Begitu jugalah yang dirasai oleh aku dan Ilham.

Setelah tamat jamuan dan majlis penutup. Masing-masing sibuk mengambil gambar untuk dijadikan kenangan abadi. Tapi tidak pula bagi Lynn dan Ilham mereka berdua hanya duduk di meja makan dan masing-masing tidak bercakap seperti kebiasaannya, jika mereka berdua berjumpa pasti ada benda yang akan dibualkan, tapi tidak pula untuk hari itu.

“Lynn…” Ilham memulakan bicara, setelah lama membisu.

“Ye..” Lynn menjawab sepatah.

“Lynn… sanggupkan Lynn menunggu Ill??? Jika Ill katakan yang Ill akan mengambil Lynn menjadi permaisuri dihati ini dan menjadikan Lynn ibu kepada anak-anak Ill, suatu hari nanti?” Ilham bertanya kedapa aku sambil mengenggam kedua-dua belah tanganku.

Aku yang hanya tunduk dan memandang ke bawah dari tadi tidak menjawab soalan Ilham, hanya badan aku sahaja yang kelihatan bergerak-gerak. Ilham cuba mengangkat wajahku dengan tangan kanannya, Ilham mendapati mukaku kemerahan menahan tangisannya. Lalu berderailah air mataku apabila menatap wajah Ilham. Hanya anggukkan yang aku berikan kepada Ilham untuk soalan yang Ilham ajukan. Ilham tersenyum lalu, menghapuskan air mata yang jatuh di pipi aku.

“Lynn, jangan menangis lagi ye.. Ilham sayangkan Lynn, Ilham tak nak ada sedikit pun air mata Lynn tumpak ke bumi hanya kerana Ilham. Ilham janji dengan Lynn yang Ilham akan selalu ingatkan Lynn dan tak akan lupakan Lynn walaupun sesaat.”

“Ilham, jangan terlalu mudah menabur janji.. Nanti, jika tidak ditunaikan Ilham sendiri yang susah.”

Tanpa, Lynn dan Ilham sedari, sejak dari mula mereka bersama ada orang yang memerhati dan melihat tingkah laku mereka.

******************************************

Kenangan emapt tahun lepas berlegar difikiranku. Aku tidak boleh melupakan detik-detik bersama dengan Ilham satu masa dahulu. Aku terlalu setia pada Ilham hingga mengabaikan zaman mudaku di universiti, yang ada difikiranku hanyalah Ilham dan aku menghabiskan masaku dengan menelaah pelajaran. Ramai sebenarnya yang mengajak aku keluar terutama sekali kaum adam. Aku tetap dengan sikapku yang hanya akan menelaah pelajaran sahaja dan membiarkan ajakkan itu berlalu pergi tanpa jawapan.

Namun, setelah tiga tahun berlalu Ilham langsung tidak menghubungiku. Cuma pada awal tamat pengajian kami di matrikulasi adalah Ilham menghubungiku, itu pun jarang-jarang, kerana jarak kami yang jauh. Aku cuma berpegang kepada kata-kata Ilham yang dilafazkan kepadaku semasa Majlis “Sedetik Bersama, Seabad Ku Rasa”, majlis penutup di matrikulasi kami.

Setelah sekian lama tidak melihat gambar-gambar kenangan mereka bersama. Aku membuka komputer ribaku lalu membuka folder “Sedetik Bersama, Seabad Ku Rasa”, di situ semua kenangan bersama Ilham dirakamkan dan dimasukkan ke dalam komputer ribaku. Ada satu gambar yang aku tidak sedar gambar itu dirakamkan oleh Ilman, gambar Ilham dan diriku semasa Majlis “Sedetik Bersama, Seabad Ku Rasa”. Gambar ketika Ilham mengangkat mukaku dengan menggunakan tangan kanan Ilham. Tiba-tiba berkumandang lagu nyanyian Anuar Zain sedetik lebih di corong radio kesayanganku.


Setiap nafas yang dihembus.. Setiap degupan jantung aku..
 Selalu memikirkanmu... Dalam sedar dibuai angan..
Dalam tidur dan khayalan.. Aku selalu memikirkanmu…
Ternyataku perlukan cinta… Dari dirimu sayang barulah terasa…
Ku bernyawaaaaa….

Kasihku……
 Ku amat menyintai kamu…
Kerna kau beri reti hidup…
Ku kan terus menyinta sedetik lebih………
Setia selamanya…..


Lirik lagu ini membuatkan air mataku menitis lagi, kerana aku terlalu sayangkan Ilham. Dan aku akan setia menanti dan menunggu Ilham.

******************************************

Aku terpaksa membatalkan niatku untuk ke Kota Metropolitan. Kerana aku masih menunggu dan menanti Ilham yang berjanji akan mengambilku menjadi permaisuri di hatinya. Namun, sudah tiga tahun berlalu bayang Ilham masih tidak kelihatan, jangan katakan telefon mesej pun tidak pernah. Aku masih memberikan peluang kepada Ilham aku sanggup menanti Ilham, walaupun aku sedar itu adalah satu yang mustahil, kerana aku telah menanti hampir enam tahun namun Ilham masih tiada khabar berita.

Sekarang aku berkerja sebagai akauntan di salah sebuah syarikat di Alor Setar. Dua tahun sudah, Fikri telah pun bertemu jodohnya dengan gadis pilihan ibunya. Walaupun aku tahu Fikri tidak setuju dengan pernikahan itu, namun dia telah pun bahagia bersama isteri dan anak lelakinya yang comel, kini berusia 9 bulan. Aku gembira melihat perkembangan Fikri, kerana aku bahagia apabila melihat kawanku bahagia.

Pada satu petang, Nini mengajakku pergi berjalan-jalan di shopping mall untuk mencari dan membeli pakaian baru. Nini adalah adik perempuan kesayanganku, kerana dialah satu-satunya adik perempuanku. Sedang aku dan Nini asyik melihat pakaian di sebuah butik, tiba-tiba aku terlanggar seseorang. Habis semua benda yang dipegang olehku bertaburan di atas lantai.

“Maafkan saya, encik.. Saya tak namapak encik lalu kat sini tadi. Maafkan saya.. Maafkan saya..” Aku berulang-ulang kali meminta maaf sambil mengutip barang-barangku yang bertaburan di atas lantai. Lelaki yang berlanggaran dengan aku masih mendiamkan diri. Aku tahu dia lelaki oleh kerana kasut yang dipakai olehnya.

“Ya Allah!!! Kak ngah pasai pa ni? Habis semua barang bertaburan kat lantai ni?” kata Nini kepadaku.

“Tak pa.. Tak pa.. Salah saya jugak jalan tak tengok kiri kanan..” lelaki itu membalas.

Setelah selesai mengutip barang-barang yang bertaburan, aku pun berdiri di hadapan lelaki itu. Tiba-tiba jatung aku berdegup dengan kencang. “Wajah ini!!! Macam aku pernah lihat..” Lynn bermonolog sendirian.

“Lynn???” lelaki itu menyebut namaku.

Setelah, hampir enam tahun tidak bersua muka, kami terserempak secara tidak sengaja dia shopping mall ini.

“Eh!! Awak, macam mana boleh ada kat sini?”

“Ooo.. Saya ada kursus kat sini. Awak pulak buat apa kat sini?”

“Ish.. Awak ni, sayakan orang sini.”

“Alamak… minta maaf saya terlupa pulak, awak tu orang sini. Jom kita pergi minum-minum dulu saya tak tahu nak buat apa kat sini, tu yang meronda-ronda kat shopping mall ini, tiba-tiba terlanggar awak pulak. Rezeki saya la ni.”

“Hah!! Rezeki awak??”

“Hahaha.. tak da pape jom saya belanja minum..”

“Ok, boleh je tekak saya pun dah kering dari tadi berjalan. Jom Nini, kita pi minum ada orang nak belanja ni..”

“Tak pa la, Kak ngah.. Kak ngah pi minum dulu Nini nak jumpa kawan sat.”

“Ya ka?? Kawan ka? Boyfriend ka?”

“Ish… Kak ngah ni mana ada kawan ja.. Ok la.. nanti Kak ngah dah habis minum Kak ngah call Nini.. Ok?”

“Ok..” aku dan Nini pun berpisah. Nini pergi berjumpa kawannya dan aku pergi minum bersama kawanku yang sorang ni.

******************************************

“Lynn… Lamakan kita tak berjumpa, hampir enam tahun betul tak?”

“Aaaa.. hampir enam tahun lepas je habis matrik, masing-masing bawa haluan sendiri. Dia pun bukan nak contact kita… Mesti takut makwe dia marahkan?”

“Ish!! Saya mana ada makwe.. Lain la Lynn yang lawa ni.. Mesti ramai pakwe kan?”

“Ish.. Untuk pengetahuan awak, saya setia pada yang satu tau…”

Sedar, tidak sedar, hampir dua jam kami berborak. Selepas masing-masing bertukar nombor telefon aku meminta diri untuk pulang kerana hari sudah pun petang. Aku menelefon Nini dan mengajak dia pulang. Rupa-rupanya dia telah pun sampai ke rumah. Katanya lama sangat menungguku lalu dia menyuruh kawannya menghantar dia pulang. Terpaksalah aku drive sorang diri balik ke rumah.

Pada malam tersebut, tiba-tiba saja mama dan abah membangkitkan soal kahwin kepadaku.

“Kak ngah…”

“Ya.. Abah..”

“Kak ngah tak terfikir ka nak kawin?” tanya abah kepadaku soalan cepu emas yang selalu diajukan kedapaku.

“Ala.. tak sampai seru lagi la abah.. mama…”

“Ish.. Budak ni!!! Boleh pulak tunggu seru... Hang tengok Fikri tu dah ada anak sorang kawan-kawan hang yang lain pun ramai dah yang kawin.. Hang tu bila lagi?? Hang tunggu putera raja dari mana masuk minang hang??” mama menyelah tiba-tiba.

“Ala.. mama… Relex la… Kak ngahkan muda lagi..”

“Muda tengkorak hang.. Hang sedaq dak.. Umur hang tu dah 25 tahun.. Hang nak tunggu sampai bila? Sampai orang panggil hang andartu…” mama memarahiku kerana sikapku yang langsung tidak mengendahkan soal perkahwinan.

Aku cuma mendiamkan diri dan terus berlalu masuk ke dalam bilik tidurku.

“Abahnya…. Tengok la anak dara awak yang sorang tu.. Bila kita cakap pasai kawin ja mesti dia mengelak.. Ish.. Apa nak jadi la budak ni sorang..”

Biaq pi la kat dia.. Dah dia kata tak sampai seru lagi, kita tak boleh nak paksa dia.. Awak nak ka tengok anak awak berkawin tapi tak bahagia?”

“Ish.. Abang ni mesti la nak tengok anak kita bahagia.. Ibu bapa mana tak nak tengok anak dia bahagia bang oii...”

Di dalam bilik aku memikirkan nasibku. Aku bukan tidak mahu berkahwin, perempuan mana yang tidak mahu berkeluarga. Aku juga mahu berkeluarga. Namun, Ilham masih tidak memunculkan diri. Aku buntu memikirkan semua ini.

Lalu aku terfikir pertemuan aku dengan Ilman petang tadi. “Kenapa la aku bodoh sangat tak tanya je si Ilman tu tadi.” Aku mengutuk diriku sendiri.

******************************************

Setelah, hampir tiga bulan aku dan Ilman berhubung antara satu sama lain. Hatiku tergerak untuk menanyakan Ilman tentang Ilham. Selama ini pun Ilman tidak pernah menyebut tentang saudara kembarnya itu kepadaku.

Malam itu Ilman menelefonku seperti biasa. Kami berborak-borak menanyakan perkembangan harian masing-masing seperti kebiasaannya.

“Ilman… Saya nak tanya awak satu soalan boleh?”

“Tentulah boleh.. Apa dia?”

“Mmmmm… Illl…….”

“La… nape malam ni Lynn jadi orang gagap pulak ni?? Hehehe..” Ilman ketawa dihujung talian mendengarkan suaraku yang tergagap-gagap itu.

“Mmmm… Lynn… Nak tanya ni…”

“Ya Allah.. Lynn tanya la.. Penat Man tunggu ni.. Lynn nak tanya apa?”

“Mmm… Man.... Ill…haaam… kat mana sekarang? Dia macam mana sihat ke?” Lama juga aku menantikan jawapan dari Ilman.

“Hmmm.. Dia sihat-sihat saja.. Dia ada di Putrajaya, dia berkerja di sana.”

“Diiaaa… Diiaaa… Dah berpunya ke??”

“Mmm.. Lynn.. Hujung minggu ni.. Man turun Alor Setar kita jumpa hujung minggu ni.” Ilman tidak menjawab pertanyaanku.

******************************************

Hujung minggu pun tiba, aku tidak sabar menunggu kehadiran Ilman kerana ingin mengetahui lebih lanjut tentang Ilham. Kami berjumpa di shopping mall, tempat kami berlanggaran tiga bulan sudah. Tempat yang menemukan aku dan Ilman setelah hampir enam tahun tidak berjumpa.

“Lynn sihat?” soalan pertama yang Ilman ajukan kepadaku.

“Alhamdulillah… Lynn sihat… Man sihat??”

“Alhamdulillah.. Man pun sihat..” Lama kami terdiam masing-masing mematungkan diri tidak tahu apa lagi yang hendak dikatakan. Tapi kalau dalam telefon Ilman lah orang yang paling banyak cakap sampai aku tidak ada peluang untuk bercakap.

“Mmmm.. Man nape diam je.. Kalau tidak Man lah orang yang paling banyak mulut.. Macam murai tercabut ekor.. Hehehehe..”

“Ooo.. Mengata Man erk… tak pa… tak pa…”

“Man…”

“Ya saya…”

“Lynn nak tanya satu soalan boleh?”

“Boleh.. Apa dia?” Lama juga aku terdiam lalu bertanya kedapa Ilman.

“Mmmm…Ilham macam mana sekarang?”

“Ilham?? Dia macam dia la.. Sihat.. Sihat je..”

“Bukan tu maksud Lynn..”

“Habis??”

“Dia dah berpunya ke belum??”

“Lynn… Maafkan Man… Man tak sampai hati nak berterus terang dengan Lynn.. Man tahu Lynn sangat sayang dan menyintai Ilhamkan? Tapi Man terpaksa berterus terang supaya Lynn tidak menaruh harapan yang tinggi… Sebenarnyaaaa…. Sebenarnyaaaa…. Sebenarnyaaaa….”

“Sebenarnya… Sebenarnya apa Man???”

“Mmmm… Il sebenarnya dah berkahwin tiga bulan sudah..”

“Apa?? Dia dah kawin??” tiba-tiba laju saja air mata turun membasahi pipi Lynn.

“Lynn.. Jangan macam ni.. Semua orang pandang kita..”

“Apa Lynn kesah.. ?Biaq pi la diorang… Sampai hati Ilham buat Lynn macam ni setelah hampir enam tahun Lynn menanti dan setia menunggu dia.. Dia berkawin dengan orang lain..” Lynn menangis teresak-esak tanpa memikirkan orang yang lalu-lalang melihat keadaannya itu.

“Lynn.. Dengar ni Man nak cakap… Lynn lupakan je la Ilham… Mungkin dia bukan untuk Lynn..”

“Man!!! Man cakap senang la.. Hati Lynn ni hanya Tuhan saja yang tahu..” aku memarahi Ilman kerana berkata begitu.

“Lynn… Dengar ni Man sayangkan Lynn sejak dari matrik lagi.. Tapi Man sedar Lynn tidak pernah memandang dan mengetahui kewujudan Man.. Man jatuh hati kedapa Lynn sejak hari pertama kita masuk ke matrik lagi… Waktu tu Lynn dengan family sedang mengangkat barang-barang Lynn keluar dari kereta.. Man jatuh cinta pandang pertama kepada Lynn… Namun, Man hampa kerana Man mengetahui Ilham telah terlebih dahulu berkenalan dengan Lynn… Namun, Man tak pernah putus harapan. Man melihat dan memerhati setiap pergerakan dan perkembangan Lynn dan Ilham. Ilham sudah mula berubah sejak korang berjauhan… Dia telah melupakan segala janji yang telah dia taburkan kepada Lynn… Pernah kami bergaduh disebabkan perkara ini… Namun, dia tetap tidak mengendahkan Lynn… Dalam diam Man selalu menghubungi Nini… Untuk mengetahui perkembangan Lynn… Nini selalu menceritakan perkembagan Lynn kepada Man… Nini menjadi mata-mata untuk Man dan menjaga Lynn bagi pihak Man… Sebenarnya pertemuan kita tiga bulan lepas telah dirancang oleh Nini… Dia memberi Man peluang untuk mendekati Lynn. Lynn…Man sayangkan Lynn dari dulu sampai sekarang sayang Man pada Lynn tak pernah pudar, namun semakin bercambah. Lynn… sudikah Lynn menjadi tulang rusuk kiri Man? Melengkapi hidup Man dan mengharungi kehidupan bersama-sama Man?”

Aku terdiam mendengarkan penerangan yang panjang lebar dari Ilman. Aku tidak tahu apa yang harus aku lakukan. Aku hanya mendiamkan diri dan kami pulang tanpa aku menjawab pertanyaannya.

Keesokan harinya, rumahku didatangi satu rombongan. Mereka datang untuk merisikku. Aku tidak ambil peduli semua itu. Aku serahkan semuanya ke tangan abah dan mama, sama ada mahu menolak atau menerimanya.

Abah menerima risikan itu, aku terus ditunangkan dengan lelaki yang aku tidak kenal pun siapa dia. Mereka telah pun menetapkan tiga bulan dari sekarang kami akan dinikahkan. Tiga bulan masa yang sangat singkat. Aku hanya menurut sahaja apa yang mama dan abah katakan.

******************************************

Tiga bulan berlalu, semua persiapan telah dibuat dan kini tibalah hari yang dinanti-nanti. Jantungku berdegup laju. Kami akan dinikahkan di Masjid Al-Bukhri, Alor Setar, masjid yang tercantik di Alor Setar dengan senibina dan ukiran yang menarik.

Aku tunduk sahaja sepanjang berada di dalam masjid. Aku langsung tidak memandang bakal suamiku yang kini sudah siap sedia dihadapan tok kadi.

“Aku nikahkan engkau, Muhammad Ilman Bin Zakaria dengan Nur Azlynn Binti Ahmad dengan mas kahwinnya RM 279.89 tunai”

“Aku terima nikahnya, Nur Azlynn Binti Ahmad dengan mas kahwinnya RM 279.89 tunai…” dengan sekali lafaz sahaja aku sah menjadi isteri kepada Ilman. 

Aku menangis kesyukuran kerana telah menjadi seorang isteri kepada orang yang mencinyai aku sepenuh hatinya. Aku tahu aku tidak cintakan dia, namun bagi aku rasa sayang dan cinta itu boleh dipupuk dan dibaja. Ramainya mengatakan bahawa cinta selepas berkahwin itu indah.

Sekian, terima kasih kerana sudi membaca.